Terima kasih atas kunjungan anda
![]() |
| SIJIL...Seorang ahli PPK Moridin Gindik menerima sijil penghargaan dan hadiah khas disampaikan oleh Sairin (kiri) kerana terpilih sebagai penjual getah tertinggi kepada PPK Keningau tahun 2009 disaksikan Jafrin |
KENINGAU: Maju atau mundurnya sesuatu kaum itu bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya di bahu kaum berkenaan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Haji Sairin Haji Karno.
Katanya, anjakan paradigma perlu dilakukan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang dan agensi yang amat sesuai menerajui anjakan ini seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau sendiri.
Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Liawan berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan tahunan ke 28 PPK Keningau di hotel perkasa di sini pada Sabtu lepas.
Sairin berkata, Jepun menjadi negara membangun kerana sikap bersatu mereka dalam melakukan semua aktiviti.
Oleh itu katanya, sudah tiba masanya para peladang di daerah ini menjadikan PPK Keningau sebagai persatuan yang kukuh dan berwibawa.
Sairin turut memuji pihak pengurusan PPK Keningau kerana memperolehi keuntungan melebihi RM100,000 untuk tahun kewangan berakhir 2009.
Katanya, ini merupakan bukti komitmen yang tinggi serta usaha gigih Pengurus Besar serta barisan anggotanya yang juga diterajui oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah.
Dalam masa yang sama Sairin menggesa supaya semua ahli-ahli dapat menambah saham masing-masing serta terus menyokong PPK Keningau melalui penglibatan dalam semua aktiviti yang diadakan dari masa ke masa.
Terdahulu Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Alexius Paulus dalam ucapan aluannya amat berterima kasih di atas bantuan berterusan dari pihak kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah.
Beliau optimis PPK Keningau di bawah pentadbiran Jafrin @ Julius Kaingud akan terus maju seiring dengan PPK-PPK di seluruh negara.
Dalam majlis itu, beberapa anugerah telah disampaikan seperti Anugerah Penambahan Saham Tertinggi yang dimenangi oleh Lakusin Buntol dari Unit Magatang, Anugerah Penjualan Getah Tertinggi yang jatuh kepada Moridin Gindik dari Unit Tagai, Anugerah Ketua Unit Aktif yang jatuh kepada Adelin Ajumal, Ketua Unit Menawo dan satu anugerah khas kepada kakitangan lantikan PPK iaitu Anugerah Khas Kakitangan PPK Cemerlang yang jatuh kepada Joeali Majaim@ Yazid Abdullah.













maju atau mundurnya sesuatu kaum bukan terletak ditangan kerajaan tapi dibahu kaum tu sendiri....tetapi maju atau mundurnya kerajaan bukan terletak ditangan kerajaan ianya terletak dibahu kaum berkenaan juga....!macam mana mo maju....? minyak naik di bahu kaum, gas naik dibahu kaum,kalau suda banyak yang naik dibahu kaum macam mana kaum mo angkat sandriiii mo ingatlahhh....!