Terima kasih atas kunjungan anda
KENINGAU: Polis Keningau berkata, penduduk Daerah Keningau ‘suka mencabar risiko’, dengan tidak menitik beratkan keselamatan harta benda mereka.
Ketua Polis daerah itu, DSP Zahari Mohamad, berkata sepanjang dua minggu terakhir pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 16 buah rumah di kawasan beberapa taman perumahan di sini, ditinggalkan tanpa dikunci.
Katanya, pemantauan polis sepanjang tempoh itu mendapati, 30 buah kenderaan diletakkan di tempat yang tidak selamat, seperti di kawasan sunyi dan berjauhan dengan rumah.
Sekurang-kurangnya 10 kenderaan tidak dikunci dan yang ironinya tingkap rumah di kawasan perumahan itu tidak dikunci atau dibiarkan terbuka dalam tempoh beberapa hari.
Zahari berkata, beberapa orang pemilik rumah ketika ditegur memberi jawapan negatif, seperti mempertahankan kawasan itu selamat daripada sebarang jenayah.
Seminggu dalam bulan Julai ini keadaan seperti itu masih berulang, menunjukkan penduduk di daerah ini tidak mengambil kisah mengenai keselamatan harta benda mereka.
“Pihak keselamatan benar-benar tercabar dengan sikap negatif seperti ini,” jelasnya, ketika mempertonton beberapa motosikal yang masih belum dituntut oleh pemiliknnya.
Beliau menasihatkan penduduk supaya bekerjasama dengan pihak keselamatan, di samping berusaha untuk memberi perlindungan ke atas harta benda mereka.
Menjawab satu soalan, Zahari turut menasihatkan pemimpin di kawasan itu, khususnya Pengerusi JKDB atau JKKK supaya menasihatkan rakyat bawahan mereka, supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikis sikap ‘tidak kisah’, mengenai keselamatan harta benda mereka.
Katanya, polis sentiasa mengawasi kawasan-kawasan itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kes jenayah, namun tegasnya, penduduk perlu bekerjasama dengan pihak keselamatan dengan berusaha untuk mengelak berlakunya jenayah.
“Polis memerlukan kerjasama penuh daripada anda,” katanya.
-
Nampaknya keselamatan kita makin terancam.Baru-baru ni terjadi satu pergaduhan bersenjata yang melibatkan PTI di Pekan Keningau,yang peliknya kenapa ya PTI masih wujud di Daerah Keningau sedangkan kita ada Polis,imigresen dan lain2 pihak berwajib tapi PTI ni masih bebas bergerak di Keningau.Semacam ada sesuatu yang tidak kena.Fikir2kanlah












penduduk seharusnya peka terhadap keselamantan mereka, jgn sambil lewa, bila dah terkena menyesal pun tak guna.