Terima kasih atas kunjungan anda

Keningau:Polis temui tiga laras bakakuk

PDF Print E-mail

KENINGAU: Tiga laras senapang patah buatan sendiri (bakakuk) dijumpai polis di salah satu kawasan di batu 64 Jalan Nabawan-Sepulut kira-kira jam 4.30 petang pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed, berkata tiga laras bakakuk itu dipercayai ditinggalkan oleh sekumpulan pemburu haram yang melarikan diri sebaik saja menyedari kehadiran polis yang membuat serbuan di kawasan itu.

Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah di sini dan anggota polis Balai Polis Nabawan membuat serbuan di kawasan berkenaan apabila menerima laporan dari orang awam.

Walau bagaimanapun tiada tangkapan dibuat manakala tiga laras bakakuk yang dijumpai yang dijadikan barang kes dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sehubungan dengan kes itu, Zahari menasihatkan penduduk di kawasan itu supaya jangan melakukan pemburuan haram dengan menggunakan bakakuk.

Katanya, pengggunaan bakakuk bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi ia berbahaya kepada orang awam yang menjalankan kegiatan di sekitar kawasan berkenaan.

Justeru itu katanya, penggunaan senjata haram itu dilarang sama sekali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu beberapa kejadian buruk yang berlaku akibat penggunaan bakakuk semasa memburu yang berlaku di kawasan hutan di daerah Nabawan ‘akan berulang’,” tegas Zahari.

Ketua Polis Daerah itu turut mengingatkan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang didapati menggunakan atau memiliki bakakuk.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terbabit dengan penggunaan bakakuk semasa memburu,” katanya.

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
 

Online

We have 11 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan