Terima kasih atas kunjungan anda
KENINGAU: Pemuda Umno Sabah hari ini membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana cuba mencampuri urusan parti politik lain sedangkan perjuangan politiknya sendiri belum “terurus”.
Ketuanya Azman Ruslan berkata Umno tidak perlu gusar dengan serangan pemimpin PKR itu yang cuba memburuk-burukan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mahupun Umno Sabah.
“Dia bebas berkata apa saja tentang Umno dan BN kerana saya percaya dia sangat terdesak melakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat, lebih-lebih lagi PKR sedang menghadapi krisis dalaman parti yang serius.
“Dengan mengkritik kepimpinan BN dan Umno Sabah, beliau menjangka rakyat Sabah akan lupa segala masalah dan kelemahan yang berlaku dalam PKR.
“Saya tidak fikir Umno mahupun BN Sabah merasa tergugat dengan kenyataan seorang pemimpin yang sudah ada legasi politik sendiri, termasuk sering ‘menukar baju’ (melompat parti),” katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Jeffrey semalam kononnya pengerusi BN Sabah tidak dapat lagi mengawal parti-parti komponen BN.
Azman berkata Jeffrey tidak layak bercakap mengenai urusan parti lain, terutama BN dan Umno, kerana beliau sendiri masih terumbang-ambing dalam menentukan halatuju politiknya.
“Saya secara peribadi bersimpati dengan beliau kerana retorik politiknya sudah ketinggalan zaman dan sudah ditolak rakyat. Ini terbukti dengan kegagalan demi kegagalannya untuk memenangi sebarang kerusi dalam beberapa pilihan raya umum negeri yang lepas.
“Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, Jeffrey sepatutnya memberitahu rakyat apakah agenda sebenar beliau untuk membela nasib rakyat, terutama sekali meningkatkan taraf penduduk luar bandar di Sabah,” katanya.
Mengenai tuduhan pemimpin PKR itu kononya Umno Sabah semakin angkuh, Azman berkata: “Umno Sabah kini mempunyai seramai 449,805 ahli.
“Kalau benar Umno angkuh, mengapakah Sabah mencatat jumlah keanggotaan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.
“Saya fikir Dr Jeffrey sangat cemburu dengan sambutan hangat penduduk Sabah terhadap Umno serta kejayaan dasar perjuangan parti itu di negeri ini.”
-
2010-07-02 16:22:52 |124.13.95.xxx| aku bah
Tu la.. semut dinampak, gajah depan mata pula nda kena nampak.. hhmmm, bgs dorang diam daripada bising kan - lagi ketara dorang ni tak pro :P
-
2010-07-02 07:08:08 |174.37.156.xxx| junta
jeffrey seharusnya cerminkan dirinya dulu sebelum mengkritik orang lain. dia sendiri mengalami masalah tp nak mengktritik orang lain pla. BN sabah masih lagi kukuh.
-
2010-07-02 07:27:23 |174.37.156.xxx| Marie
This man Jeffrey will do anything to bring down his opponents. He should just focus in getting supporters from the people instead of butting in people's business.He's not even qualified to critic.
-
2010-07-02 07:30:31 |216.86.159.xxx| john
kalau ikut latarbelakang politik jeffrey, beliau memang tidak layak mengkritik atau menasihati parti lain. reputasi buruknya sebelum ini tetap menjadi pertimbangan rakyat untuk membenarkan beliau pergi jauh dalam arena politik.
-
2010-07-02 16:25:19 |124.13.95.xxx| aku bah
Pedulilah si DJK ni.. Yang penting masyarakat tahu membuat penilaian yg betul

-
2010-07-02 15:19:08 |115.164.80.xxx| datin M
agaknya tuduhan dan fitnah ni ada kaitan dengan PRU13. Cuma apa nak takut, rakyat tahu memilih dengan bijak dan mereka menilai siapa yang betul siapa salah. so biarlah siapa-siapa yang suka melalak sana sini...
-
2010-07-02 16:16:34 |124.13.95.xxx| aku bah
Aduii semenjak world cup ni tengah malam baru ada masa online. hehhee
Bgs kan DJK ni tengok world cup ba, boleh juga relax minda, nda payah sibuk pasal parti lain. hahaha
-
2010-07-02 16:31:21 |124.13.95.xxx| aku bah
Apapun, sama2 lah kita berharap agar gosip seperti ni berakhir cepat. Just ignore ja benda sebegini. Better fokus kepada hal yg lebih penting lagi selain dari memburukkan parti lain. hehehe
-
2010-07-03 02:30:06 |174.37.156.xxx| Dandy
Memang tidak patut buat begitu, mengkritikan parti lain...
-
2010-07-03 02:31:56 |174.37.156.xxx| Gali
Janganlah bergaduh tentang perkara ini. Nanti berlakunya perang baru susah.
-
2010-07-03 03:06:15 |124.82.249.xxx| Ontilop
Biarla dia mau cakap apa pun yang penting apa yang dikatakan oleh beliau tidak mencerminkan keadaaan sebenar, last2 beliau akan terperangkap sendiri dengan pembohongan yang telah diucapkan.
-
Umno-Bn tidak akan tergugat dengan pernyatan JK..BN akan terus kukuh di sabah di bawah pimpinan Musa..
-
2010-07-03 04:00:05 |216.86.159.xxx| Ronnie
mind your own business JK..Bn no need your pathetic opinions.....
-
2010-07-04 14:28:31 |60.53.69.xxx| Elisa
Tidak payahlah mengambil hati kritikan'katak' itu. Yang penting, fokus untuk mencari jalan untuk mendapatkan kepercayaan lebih penyokong.
-
2010-07-06 00:13:22 |60.53.66.xxx| Lokuntim
Apa pun pandangan orang lain tak kira dari pembangkangkah dari JK..ka atau mana-mana individu kita kena fikirkan rasionalnya jangan kerana reputasinya masa lampau masih menjadi ukuran untuk menilai seseorang.Menolak bulat-bulat pendirian mahupun pandangan orang lain kelak akan memakan diri kita sendiri..oleh itu fikir-fikirkanlah...
-
2010-07-11 06:45:55 |124.82.98.xxx| Tonoh - Teruskan Perjuangan...
Keberadaan DJK dalam kritikan nya terhadap UMNO sabah mungkin ada baiknya. Memberikan pendedahan agar UMNO sabah saling bersatu dan setia pada parti serta memahami konsep perjuangan yang satu. Kerana kritikan itu juga boleh memberikan kesedaran..agar UMNO sabah tidak bercakaran antara satu sama lain demi kepentingan sendiri. Apapun jangan goyah dek anasir-anasir asing demi kepentingan agama, bangsa dan negara...












pembangakang tahu mengkritik BN sahaja . padahal mereka yang paling byk mengalami masalah dalaman parti.