Terima kasih atas kunjungan anda

Nabawan : Kemudahan awam musnah akibat banjir akan diselenggara

PDF Print E-mail

NABAWAN: Beberapa kemudahan awam yang rosak dan musnah akibat banjir baru-baru ini di Pensiangan akan diambil perhatian dan diselenggarakan oleh kerajaan.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, berkata kemudahan-kemudahan yang musnah seperti jeti akan dibina semula kerana ia adalah keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.

Selain itu katanya, kemudahan yang mengalami kerosakan termasuk balai budaya di pekan Pensiangan akan dibaiki dengan segera kerana ia juga keperluan penduduk semasa mengadakan majlis keramaian.

“Kita akan usahakan dan kemukakan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan segera dapat diambil,” katanya kepada New Sabah Times selepas meninjau kesan banjir di Pensiangan yang memusnahkan rumah kediaman penduduk dan kemudahan awam baru-baru ini.

Ghani berkata, beliau akan memohon kepada Jabatan Ketua Menteri untuk mengatasi masalah-masalah yang mendesak selepas banjir itu.

Katanya, terdapat beberapa kemudahan awam rosak dan musnah akibat banjir yang turut memusnahkan harta penduduk.

Beliau juga menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di peringkat kampung terutama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) membuat laporan dan menyenaraikan kemudahan-kemudahan yang rosak kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tindakan jabatan-jabatan berkaitan.

Dalam tinjauan itu, Ghani diiringi oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Nabawan, Barahim Andipoh dan Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan, Zainuddin Ampat Tahol dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Antara kemudahan awam yang musnah adalah jeti pangkalan sungai Saliu dan sungai Tagol.

Selain itu sebahagian daripada struktur balai budaya turut mengalami kerosakan di bahagian lantai dan beberapa tiang sokongan bangunan itu.

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:49
 

Online

We have 8 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan