Terima kasih atas kunjungan anda
KENINGAU: Seorang lelaki warga Indonesia keturunan Timor cedera parah dikepala dan tangan akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 8, jalan Keningau Tenom kira-kira jam 11.00 pagi pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa Jim Kristiano 26, menerima rawatan awal di Hospital Daerah Keningau kemudian dirujuk ke QEH Kota Kinabalu.
Sementara itu pemandunya Yap Chi Yung 34, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Keningau.
Kemalangan itu berlaku semasa pemandu dalam perjalanan dari arah Tenom ke Keningau dipercayai menjalankan urusan membeli getah dari pekebun-pekebun getah di sekitar daerah ini.
Menurut beberapa saksi di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda itu terbabas akibat tayar depan sebelah kiri meletup menyebabkan pemandu hilang kawalan.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital lebih awal atas bantuan orang ramai manakala pemandunya yang cedera ringan dibawa kemudian juga atas bantuan orang ramai yang melalui di tempat kejadian.











