Terima kasih atas kunjungan anda

Dua maut dalam kemalangan

PDF Print E-mail

KENINGAU: Dua lelaki maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Tambunan – Kota Kinabalu dan Jalan Keningau – Apin-Apin pada Sabtu dan Ahad.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, kemalangan maut pertama berlaku di kilometer 10, Jalan Tambunan – Kota Kinabalu pada Sabtu jam lebih kurang 8.00 malam membabitkan mangsa dikenali sebagai Jinggo Abdullah 49, penumpang lori satu tan setengah.

Zahari berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat patah tengkuk apabila sebuah lori yang dinaikinya terbabas sendiri di selekoh dalam perjalanan balik dari Kg. Sunsuron ke Pekan Tambunan.

“Dalam kemalangan itu seorang penumpang lelaki Jefrrin Burulow 33, patah bahu kiri dan seorang lagi penumpang perempuan Isan Avun patah empat batang gigi atas dan luka dibadan,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Sementara itu katanya, pemandu lori Rijoh Araman 51, yang mengaku minum tapai sebelum kejadian hanya cedera ringan.

Menurut Zahari kejadian itu berlaku di kawasan gelap (tiada lampu) dan jalan selekoh.

Kemalangan maut kedua berlaku di kilometer Jalan Keningau – Apin-Apin pada Ahad lebih kurang jam 6.00 pagi membabitkan mangsa Azmil bin Ontong 23, suku Suluk.

Zahari memberitahu, mangsa maut di tempat kejadian akibat pecah kepala selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dipercayai terlalu laju.

Tiga penumpang lain tidak cedera dan kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan yang lain.

Sehubungan dengan dua kemalangan maut ini, Zahari menasihatkan pemandu-pemandu di daerah ini supaya jangan memandu kenderaan terlalu laju dan elakkan meminum minuman yang memabukkan semasa memandu.

Katanya, kemalangan maut boleh dikurangkan jika pemandu lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan yang berhemah.

Comments (2)
  • wen

    :0 ... isnin lalu on the way p kerja ternampak lagi kemalangan jalan-apin2 myvi putih terbalik masuk kawasan rumah orang...
    banyak kereta berhenti tengok..
    :( nampak kemalangan takut tul..kita yg sudah berhati2 tapi orang lain pula tidak..tu yg bahayanya..saya sudah banyak kali hampir2 bertembung dengan kereta yg selalu nak potong jalan d kawasan selekoh dan bukit...
    :angry-red: buat geram..

  • 2ndstage

    berhati-hati dijalan raya. utamakan keselamatan, ingatlah orang tersayang.

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
 

Online

We have 3 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan