Terima kasih atas kunjungan anda

Keningau:Penduduk kecewa dengan JPS

PDF Print E-mail

KENINGAU: “Betul-betul kami kecewa dengan JPS,” demikian luahan marah Alexander Kandau kepada Jabatan Parit dan Saliran, apa yang beliau sifatkan jabatan itu kurang prihatin terhadap masalah petani di Mukim Apin-Apin.

Alexander yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) dan wakil petani di kawasan itu berkata, masalah pengairan sawah petani di mukim itu tidak pernah selesai, ekoran kegagalan pegawai atau wakil JPS melayani jemputan dialog yang dianjurkan oleh petani.

“Petani sudah menganjurkan tiga kali majlis dialog, dan selama itu JPS atau ‘wakil’ tidak pernah hadir,” dedah Alexander.

Ketua adat Mukim Apin-Apin itu berkata, sistem pengairan sawah di mukim itu sering menimbulkan masalah, disebabkan penyelanggaraannya sering diabaikan oleh jabatan itu.

Menurut Alexander, saliran itu sering tersumbat menyaksikan bekalan air tidak sampai ke kawasan-kawasan sasaran.

Katanya, pada sebelum ini petani tidak pernah merungut mengenai bekalan air sebelum perparitan dinaik taraf, sebaliknya menjadi isu besar selepas pembinaan saliran parit yang bernilai puluhan ribu.

“Parit itu sering tersumbat dengan pasir disamping tidak diselenggara dengan baik,” dedahnya.

Sejak sekian lamanya petani bersandarkan sistem konvensional yang mereka sebut sebagai ‘kinalian’ untuk mendapatkan bekalan air, dan Alexender memberitahu, ia tidak pernah menimbulkan masalah.

“Petani bersetuju dan menerima terma pemodenan kerana ia adalah kaedah yang boleh mengubah nasib petani, tetapi apa sudah jadi?,” tanya beliau.

Alexender berkata, banyak masalah yang berkaitan petani perlu diketahui oleh JPS dan mereka sepatutnya hadir setiap majlis dialog yang dianjurkan.

Majlis dialog yang dianjurkan oleh pemegang adat Mukim Apin-Apin pada Selesa lepas, melibatkan kira-kira 150 orang petani dan ia merupakan majlis yang ketiga tidak dihadiri oleh JPS.

Beliau berterima kasih dengan Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang yang hadir di majlis itu.

Ketua adat itu mahu dimasa hadapan, agar JPS hadir di setiap majlis dialog yang dianjurkan oleh petani, dalam usaha menangani masalah pengairan yang semakin menekan rakyat di kawasan itu.

Comments (4)
  • mmafia

    jika tiada air macam mana petani nak tanam padi, dah la musim panas skrg...sian org kampung kita.. bantu2 la mrk,,,

  • masmin kadad

    JPS cucitangan dan lap mulut pakai tisu,,,ko apa tau alexander....kami ini engineer ada kelulusan,,,kampong apa tau komplain saja..itu tugas kami bah...yg kami mo itu kontrek...ada bagian kami....kalu tersumbat tu....itu kan fenomena alam yg sukar dijangka....kasi bersihlah gotong royong....

  • pen  - Keningau:Penduduk kecewa dengan JPS

    Hi masmin kadad..saya rasa bukan cara ini untuk selesaikan masalah air ni. Sebenernya orang kampung ini sudah menjemput pihak JPS untuk berbincang tentang permasalahan dorang...tapi pihak JPS ni nda pernah datang.....jadi macam mana selesaikan masalah ni kalau tiada berbincangaan antara penduduk kampung dan pihak JPS, walaupun parit sumbat tu fenomena tapi kalau ada penyelengaraan mana boleh sumbat bah tu. bah apa-apa pun jangan marah-marah bah biar kita berbincang dulu.

  • julai  - Keningau:Penduduk kecewa dengan JPS

    Rasanya Masmin Kadad ni bukan kakitangan JPS, kalaulah ia kakitangan JPS jawapan yang diberikan bukannya profesional. Andainya beliau kakitangan JPS jawapan yang diberikan merupakan jawapan yg saya ketegorikan JAWAPAN BODOH, SOMBONG dan ANGKUH.

    Berbincang untuk mendapatkan penyelesaian masalah ba...

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
 

Online

We have 3 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan