Terima kasih atas kunjungan anda
KENINGAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau menasihatkan masyarakat agar tidak bermain ‘permainan tanglung terbang’, apa yang jabatan itu sifatkan merbahaya pada musim kemarau.
“Permainan itu boleh menyebabkan kebakaran belukar,” jelas Ketua Balai jabatan itu, Lasius Salagon.
Bercakap dalam satu temuramah eksklusif, Lasius berkata, permainan tanglung terbang boleh menerbitkan punca api yang sangat merbahaya.
Aktiviti bermain tanglung terbang begitu aktif di daerah ini, sebagai sebahagian daripada pengisian sambutan tahun tahun baru, namun Bomba menegaskan ia tidak sesuai pada musim kemarau.
Katanya, sekurang-kurangnya tiga kes kebakaran belukar berlaku pada setiap hari sepanjang musim kemarau di daerah ini, dan beliau tidak menafikan salah satu puncanya adalah daripada aktiviti-aktiviti yang menerbitkan punca api.
Beliau berkata, permainan tanglung terbang adalah satu larangan di peringkat nasional, dan masyarakat di daerah ini perlu mematuhi larangan tersebut.
Menjawab satu soalan, Lasius turut menasihatkan penduduk khususnya petani supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, kerana ia dikenalpasti sebagai punca utama beberapa laratan kebakaran.
Katanya, jabatan itu amat sukar mengawal kes-kes kebakaran di daerah ini dalam satu-satu masa, kerana factor jarak serta kemampuan tenaga.
Beliau menegaskan, kebakaran boleh ditangani jika masyarakat memberi kerjasama dengan tidak dengan sengeja melakukan sesuatu tindakan yang boleh menerbitkan punca kebakaran.
Kepada golongan perokok, ketua balai itu mendedahkan, mereka juga dikenalpasti sebagai punca berlakunya kebakaran belukar.
“Mereka membuang pontongan rokok di merata tempat dengan tidak memikirkan kesannya,” tambah beliau.
Jabatan itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras kepada mereka yang dapat dibuktikan sebagai punca berlakunya kebakaran.












yang pertama mau tau kesalahan dari segi undang2 kah kalau main tanglung terbang ni..sebab ada pernah dengar memang salah
kedua kalau sah salah y diam..b ertindaklah...jangan cakap sebab manusia tak makan saman....buang masa nasihat orang bila di tangan ada kuasa...penguatkuasa namanya kuasa ada tapi tak kuat?