Terima kasih atas kunjungan anda

keningaukini

  • Keningau: Lelaki maut apabila kereta dipandu laju hilang kawalan

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Menantu maut manakala mentuanya hanya cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Toyota Wagon di Kilometer 25 Jalan Keningau – Sook kira-kira jam 11.30 malam pada Ahad.

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, mangsa Delly @ Mohd. Nordin, 26, maut apabila kenderaan itu terjunam ke dalam kebun sawit.

    Last Updated on Tuesday, 10 August 2010 03:47
    Read more...
 
  • Keningau:Kehadiran teksi dan bas luar daerah, Perpeksa dakwa alami kerugian

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Persatuan Kereta Sewa Keningau Sabah (Perpeksa), mendakwa ahli-ahlinya mengalami kerugian besar setiap kali musim perayaan, berikutan kehadiran pengusaha teksi dan bas daripada luar daerah yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan penumpang untuk ke daerah Keningau.

    Presiden persatuan itu, Masdir Husin memberitahu dalam satu temu ramah, pengusaha teksi atau bas luar daerah yang sering terlibat dalam aktiviti ini, ialah daripada Beaufort, Menumbuk, Papar, Sipitang dan Ranau.

    Read more...
 
  • Ruang Iklan Percuma

    PDF Print E-mail

    Berita baik untuk anda yang ingin mengiklan apa juga produk sepanjang bulan Ramadhan ini.

    Kami memberi peluang untuk anda mengiklan secara percuma di sini.

    Untuk keterangan lanjuat dan permohonan Iklan Percuma Klik Banner dibawa.

 
  • BSN diminta tingkat perkhidmatan di Kemabong

    PDF Print E-mail

    TENOM: Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kawasan Kemabong, Sukimin Rukini, meminta perkhidmatan Bank Simpanan Nasional di daerah ini supaya meningkatkan perkhidmatannya.

    Katanya, memandangkan pelanggan bank itu semakin meningkat maka wajarlah perkhidmatannya dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

    Read more...
 
  • Polis: Jangan guna motosikal empat roda di kawasan awam

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Polis memberi amaran keras kepada pengguna motosikal empat roda, supaya tidak menggunakan kenderaan itu di kawasan awam.

    Ketua polis Keningau DSP Zahari Mohamadmenegaskan, sesiapa yang didapati menyalahgunakan fungsi kenderaan itu boleh diambil tindakan tegas.

    “Motosikal empat roda itu hanya untuk kegunaan sukan,” katanya ketika diminta reaksi terhadap penggunaan secara berleluasa motosikal itu di daerah Keningau.

    Kebanyakan pemilik motosikal itu di kalangan keluarga berada dan menggunakannya seperti kenderaan biasa di sini.

    Read more...
 
  • Nabawan:Ibu bapa perlu ubah sikap, kata Ghani

    PDF Print E-mail

    NABAWAN: Ibu bapa perlu mengubah sikap dan meletakkan pendidikan sebagai aset yang lebih penting untuk masa depan anak-anak.

    Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini dan akan datang hanya insan yang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas sahaja yang mampu menerokainya.

    Read more...
 
  • Rumah papan nyaris hanyut akibat banjir kilat

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Sebuah rumah papan di Kg. Lingkudau nyaris hanyut akibat banjir kilat sungai Bariawa pada kira-kira jam 5.00 pada petang Isnin lepas.

    Walau bagaimanapun penghuni rumah itu sempat berpindah dan membawa keluar barang-barang mereka sebelum paras air naik.

    Menurut Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani, rumah itu dihuni oleh sembilan orang itu sebelum ini pernah ditenggelami air pada banjir kilat beberapa bulan yang lalu di mana pada ketika itu tebing runtuh dan hampir memusnahkan rumah itu.

    Read more...
 
  • Pementasan "TEATER BAKAKUK"

    PDF Print E-mail

    Orang ramai adalah dipelawa untuk handir menyaksikan Pementasan Teater BAKAKUK ,hasil karya /arahan Muhammad Hj.Saleh @ Mat Kongo di Dewan Masyarakat Keningau Pada  26 Julai  2010 bermula Jam 7.30 malam.Masuk adalah Percuma.

    Acara ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan kerjasama Angkatan Kesenian Ibu Kota (AKSI) Cawangan. AKSI merupakan persatuan yang baharu sahaja bertapak di daerah  Keningau.Kepada anda yang berminat menyertai persatuan ini bolehlah mendapatkan  Borang keahlian  di Pejabat OnLine Production, Tingkat Bawah Bangunan UMNO, Keningau atau hubungi  talian 019-5355501.

    Last Updated on Saturday, 24 July 2010 16:17
 
  • 'Terpaksa bermalam dalam kereta'

    PDF Print E-mail

    KENINGAU 23 Julai - Kejadian penduduk kampung yang terpaksa bermalam dalam kereta selepas kenderaan mereka rosak atau tersangkut dalam lumpur bukan baru bagi penduduk di 11 buah kampung termasuk Kampung Lumiri Tengah di sini.

    Malah, menurut Ketua Kampung Lumiri Tengah, Laumin Bintang, orang sakit tenat dan memerlukan rawatan segera di hospital juga pernah bermalam di dalam kereta gara-gara kereta rosak selepas gagal melalui selut dan lumpur di sepanjang jalan tersebut.

    Read more...
 


Page 2 of 46

Online

We have 10 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan