-
Keningau: Masyarakat Kadazandusun perlu amal budaya cemerlang -Pairin
Written by admin
Monday, 26 April 2010 03:53
KENINGAU: Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Datuk Joseph Pairin Kitingan, menyeru kepada masyarakat Kadazandusun supaya mengamalkan budaya kecemerlangan dalam apa juga yang mereka lakukan.
Timbalan Ketua Menteri itu berkata, biar apapun pekerjaan itu sama ada sebagai pegawai kerajaan, ahli perniagaan, petani mahupun sebagai pemandu sahaja tetapi melakukan tugas dan tanggungjawab budaya kecemerlangan perlu ada agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik dan penuh dedikasi.
Apa juga yang mereka usahakan dan apa juga pekerjaan itu ianya mempunyai peranan yang penting meskipun bagi segelintir orang menganggap sesetengah pekerjaan itu dianggap sebagai remeh temeh dan tidak penting. Mengubah mentaliti ini hanya mengakibatkan kaum kita lemah dan tidak berdaya saing.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan peringkat Mukim Bingkor yang diadakan di Dewan Kampung Buang Sayang, Bingkor, dekat sini, kelmarin.
Turut hadir Adun Bingkor, Justin Guka; Timbalan Presiden KDCA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun; Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd Yusof; Penolong Pegawai Daerah, George Ganabau; Ketua Daerah Keningau, OKK Amir Datuk Ariff; Pengerusi POIC, Datuk Bernard S Maraat; serta Pengerusi Bersama Robert Tawik dan Ribus Tingadon.
Katanya, tinggi rendahnya martabat sesuatu kaum itu bukan diukur pada jumlahnya sebaliknya apakah pencapaian membanggakan yang telah dicapai oleh kaum berkenaan.
Mentaliti seumpama ini, mengakibatkan kita memandang rendah sesetengah jenis pekerjaan sehingga kita tidak mahu melakukan pekerjaan itu dan membiarkan pekerjaan itu dilakukan oleh orang lain.
Dalam sektor perladangan dan pertanian misalnya, kebanyakannya kini diusahakan oleh orang asing dan akibat ekonomi negeri kita banyak bergantung kepada tenaga buruh asing, manakala golongan belia kita pula lebih suka berhijrah ke kota-kota besar.
Read more...
-
Budaya identiti suku kaum Murut
Written by admin
Sunday, 25 April 2010 03:57
PENDUDUK negeri Sabah yang tidak kurang daripada 30 etnik merupakan satu negeri yang unik dan kaya dengan budayanya. Walaupun penduduknya pelbagai bangsa dan anutan agama, namun tidak ada masalah dihadapi jika dibandingkan di luar negara sepertimana yang kita saksikan melalui berita di kaca TV yang bergaduh sesama sendiri. Inilah keunikan negeri kita khususnya dan amnya Malaysia yang aman damai.
Salah satu etnik yang ada di negeri Sabah adalah suku kaum Murut yang kaya dengan budayanya dan kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman khasnya di Pensiangan, Kemabong, Tenom, Nabawan dan beberapa daerah di negeri ini.
Seperti suku kaum yang lain di Sabah, suku kaum Murut juga kaya dengan seni budaya, adat resam dan kepercayaan yang telah menyerap dalam gaya dan cara hidup harian mereka yang kesemuanya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan jauh berbeza daripada budaya suku kaum yang lain.
Budaya identiti bangsa, maka suku kaum Murut juga dikenali melalui budaya dan kesenian yang telah mereka warisi turun temurun. Misalnya, suku kaum Murut amat terkenal dengan motif dan pakaian tradisinya.
Read more...
-
Nabawan:Beratus penduduk terpaksa lalui jalan becak dan sempit ekoran jambatan hanyut
Written by admin
Thursday, 22 April 2010 05:41
NABAWAN: Beratus-ratus penduduk Sepulut dan Salong yang terpaksa menggunakan jalan becak dan sempit, sebagai laluan alternatif ekoran ketiadaan jambatan yang dihanyutkan banjir beberapa bulan lalu kini terdedah dengan bahaya yang kemungkinan boleh meragut nyawa.
Penduduk berkata, nyawa mereka khususnya pemandu yang melalui laluan itu umpama telur di hujung tanduk.
Penduduk Sepulut dan Salong mendakwa, surat bertulis mengenai masalah itu sudah dikemukakan kepada pihak berwajib, namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan dibuat.
Jambatan yang menghubungkan kedua-dua mukim itu merupakan nadi utama ratusan penduduk pada setiap hari, termasuk kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah.
“Musim hujan keadaan lebih teruk dan tidak ada sebarang kenderaan boleh menggunakan,” jelas seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rosly.
Rosly berkata, setiap kenderaan yang melalui laluan bahaya itu, terpaksa mendapatkan bantuan kenderaan penunda yang disediakan oleh penduduk berhampiran secara sukarela.
Pengguna yang melalui kawasan itu pada waktu malam, terpaksa tidur di tepi sungai sehingga kehadiran kereta penunda pada esok pagi.
Penduduk yang sakit tidak mampu untuk melakukan apa-apa, kecuali berdoa supaya dapat bertahan sehingga kenderaan yang mereka naiki berjaya melepasi laluan maut yang mengerikan itu.
“Kami mahu masalah ini diatasi segera,” mohon Rosly.
-
Keningau:Penderitaan warga emas tidak dapat bantuan kebajikan dapat perhatian
Written by admin
Thursday, 22 April 2010 05:38
KENINGAU: Penderitaan seorang warga emas, Sinsang Malaging, 65, yang mendakwa tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan sejak empat bulan lalu, mendapat perhatian Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Hj. Karno, yang pada Rabu mahu jabatan terbabit menyelesaikan masalah itu dengan segera.
“Saya mahu masalah warga emas ini diselesaikan sebelum habis bulan ini,” katanya dan bertanya; “Di mana silapnya?”.
Pada Selasa, Sinsang yang tinggal di Kg. Ansip mengadu kepada akhbar ini bahawa beliau tidak mendapat elaun bantuan orang tua selama empat bulan dan terpaksa berhutang dengan kawan-kawan untuk membayar tambang kenderaan ke Keningau, bagi menyemak wang seperti yang dijanjikan oleh jabatan itu.
“Mereka berjanji kepada saya dan kini janji itu telah menjangkau empat bulan,” demikian pengakuan Singsang kepada akhbar ini.
Sairin berkata, beliau mengambil perhatian mengenai masalah warga emas itu atas tanggungjawabnya sebagai Pembantu Menteri Luar Bandar Negeri Sabah.
“Ini bukan melangkau tugas wakil rakyat di kawasan itu, tetapi membantu penduduk luar bandar adalah termasuk dalam masalah kementerian saya,” katanya.
-
Keningau:Kerjasama bendung masalah disiplin pelajar
Written by admin
Thursday, 22 April 2010 01:15
KENINGAU 21 April - Golongan pendidik disaran bekerjasama dengan polis bagi menangani masalah disiplin di kalangan pelajar di daerah ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, langkah itu dapat mengelak pelajar dari terjebak dalam jenayah yang lebih serius.
''Kita mempunyai pegawai perhubungan polis yang boleh menjadi saluran menyampaikan masalah.
''Oleh itu, gunakanlah saluran ini dengan sebaik-baiknya bagi memastikan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dapat dipantau polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas penahanan seorang pelajar bersama rakannya, kelmarin kerana disyaki terlibat kes pecah rumah dan curi.
Kedua-dua remaja berusia 16 tahun itu dipercayai bertanggungjawab memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan di Pejabat Kesihatan Keningau Ahad lalu.
Zahari berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan lebih besar memantau kegiatan anak-anak mereka bagi mengelak terlibat dalam jenayah.
Beliau menambah, ibu bapa perlu berasa curiga dan mengambil berat jika anak-anak mereka membawa pulang barang berharga.
Read more...
-
Keningau:Kegiatan korek tanah tebing timbulkan tanda tanya penduduk
Written by admin
Wednesday, 21 April 2010 07:46
KENINGAU: Kegiatan mengorek tanah tebing lebuhraya Keningau-Kimanis berhampiran Kg. Beriawa, menimbulkan tanda tanya penduduk yang menyifatkan dilakukan secara haram.
Tanah berkenaan dipercayai konsesi SESB (Sabah Elektrik Sendirian Berhad), yang dijadikan laluan pembinaan tiang elektrik kepada pengguna di sepanjang jalan itu.
“Amat memeranjatkan seolah-olah manusia di sini boleh melakukan apa sahaja,” jelas seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jack, 50.
Jack turut kesal kerana aktiviti itu mengakibatkan dua tiang elektrik yang membekalkan sumber tenaga kepada ribuan penduduk di situ, dalam keadaan bahaya dan hanya menunggu masa untuk tumbang.
Akhbar ini yang menerima aduan daripada Jack, bergegas untuk melihat sendiri keadaan tanah dan dua batang tiang letrik yang didakwa, dan mendapati ia benar-benar berlaku.
Read more...
-
Keningau:Penulis tempatan digalak guna sumber rujukan dalam penyelidikan
Written by admin
Wednesday, 21 April 2010 06:59
KENINGAU: Penulis-penulis tempatan digalakkan menggunakan bahan-bahan arkib sebagai sumber rujukan dalam penyelidikan dan penulisan mereka.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dato’ Haji Sidek Bin Haji Jamil, berkata penulis perlu merujuk kepada arkib supaya fakta yang betul tentang negara dapat diutarakan serta mengikut perspektif anak watan dan bukannya para orientalis barat.
“Ini bertujuan membolehkan masyarakat mengetahui dan memahami bahawa orang-orang kita juga mampu dan berwibawa dalam membentuk dan mendirikan sebuah negara yang aman dan makmur,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pengisahan Sejarah anjuran bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau dan Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah di sini, kelmarin.
Sidek berkata, masyarakat pelbagai lapisan perlu berganding bahu bersama-sama dengan arkib mengumpulkan maklumat sejarah negara.
Beliau berkata, Arkib Negara Malaysia sentiasa memandang positif setiap usaha yang dijalankan oleh mana-mana pihak berkaitan dengan sejarah untuk memartabatkan warisan bangsa bagi tatapan dan pengajaran generasi akan datang.
Last Updated on Wednesday, 21 April 2010 07:04
Read more...
-
Keningau:Polis tahan dua remaja disyaki terbabit kes curi
Written by admin
Wednesday, 21 April 2010 06:58
KENINGAU: Polis di sini menahan dua remaja tempatan seorang pelajar dan seorang mekanik masing-masing berumur 16 tahun kerana disyaki terlibat kes pecah rumah dan curi.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed, berkata kedua-dua remaja itu ditangkap berikutan aduan Pembantu Kesihatan di Pejabat Kesihatan Keningau yang telah dipecah masuk oleh yang dikenali melalui tingkap kira-kira 8.15 malam pada Ahad.
“Kehilangan tiga monitor komputer dan barangan komputer lain membawa kepada penangkapan dua remaja itu apabila polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bertindak atas maklumat dua remaja berkenaan,” kata Zahari kepada media di pejabatnya, kelmarin.
Barangan curi tiga LCD monitor, satu CPU, dua speaker, tiga keybord komputer, satu ACDC, dua tetikus dan satu topeng gas Kementerian Kesihatan berjaya ditemui selepas penangkapan dua remaja berkenaan.
Katanya, kedua-dua remaja itu ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman sampai 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Last Updated on Wednesday, 21 April 2010 07:00
Read more...
|
|