-
Keningau:Gadis maut apabila kereta dipandu abangnya terbabas
Written by admin
Sunday, 02 May 2010 04:18
KENINGAU: Seorang gadis maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah Perodua Kancil di Jalan Bandukan kira-kira jam 1.00 petang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Mohamed berkata, mangsa, Tatiana Duasin, 17, beralamat di Kg. Binaong disahkan meninggal dunia di hospital Keningau kira-kira jam 6.40 petang pada hari yang sama akibat kecederaan parah di badan.
Katanya, semasa kemalangan berlaku mangsa bersama abangnya Junaidi Duasin 20, (pemandu) dan adiknya Kety binti Duasin 16, dalam perjalanan balik ke Kg. Binaong dari rumah kawan di Bandukan dan dipercayai meminum minuman keras.
Read more...
|
-
Tenom :Hindar fikiran negatif terhadap usaha kerajaan bantu rakyat
Written by admin
Sunday, 02 May 2010 04:17
TENOM: Golongan petani khususnya pekebun kecil getah di daerah ini digesa mengambil peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui program-program bantuan untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka.
Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi perlu menghindar berfikiran negatif terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan sektor pertanian khususnya pekebun kecil getah di daerah ini.
Katanya, pelbagai usaha dan program yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan petani melalui agensi-agensi kerajaan sama ada kerajaan negeri dan persekutuan.
Raime berkata, kerajaan melalui dewan rakyat telah meluluskan kemasukan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Sabah dan Sarawak.
“Dengan kelulusan itu Risda kini melebarkan peranannya khususnya di negeri Sabah dalam usaha memperkasakan sektor pertanian khususnya kepada pekebun-pekebun kecil getah luar bandar,” katanya semasa berucap di majlis Program Bantuan Risda dengan masyarakat Zon Ulu Tomani di rumah kebudayaan Kg. Bakuku pada Rabu.
Last Updated on Sunday, 02 May 2010 04:21
Read more...
-
Program PENCARIAN JUARA Volley Ball anjuran Puteri UMNO P.180 Keningau
Written by admin
Saturday, 01 May 2010 10:32

Program PENCARIAN JUARA Volley Ball anjuran Puteri UMNO P.180 Keningau bertempat di Kompleks Sukan Keningau pada 15/05 & 16/05/2010 jam 8 pagi.. penyertaan adalah terbuka kepada semua wanita yang berumur 18 tahun dan keatas, bermastautin di daerah keningau. Kami juga mengalu-alukan penyertaan daripada daerah-daerah berhampiran. Sebarang pertanyaan lanjut boleh datang sendiri ke Pejabat Puteri UMNO Bahagian Keningau atau menghubungi setiausaha Puteri UMNO Bahagian Keningau di talian 087-336500 / 010 791 5115.
-
Keningau: Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan & Pesta Koningau 2010
Written by admin
Friday, 30 April 2010 14:40

Majlis Pelancaran Pesta Keamatan Peringkat Negeri Sabah Dan Pesta Koningau .
Tempat :Dewan Masyarakat Daerah Keningau
Tarikh : 01 Mei 2010 & 02 Mei 2010
Masa : 08:00 pagi
Majlis ini akan dirasmikan Oleh , Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman.Ketua Menteri Sabah
Antara Acara menarik : -
Persembahan nyanyian artis-artis Tempatan & Jemputan Persembahan Kebudayaan Dan Keseniaan Cabtuan Tiket Bertuah Pertandingan Unduk Ngadau Pamerian hasil-hasil Pertanian Pameran Oleh Agensi /Jabatan Kerajaan Pertandingan Rumah-Rumah Tradisi Sukan Rakyat /Tradisi Perarakan kereta berhias Dan Banyak Lagi.
Orang ramain adalah dijemput memeriahkan majlis ini.
Last Updated on Friday, 30 April 2010 17:03
-
Keningau:Penduduk tinggal di tebing sungai tidak endah kempen jaga alam sekitar
Written by admin
Friday, 30 April 2010 12:13
KENINGAU: Kempen kesedaran penjagaan alam sekitar yang menelan belanja berjuta-juta Ringgit Malaysia masih belum menyedarkan masyarakat di negeri ini khususnya bagi penduduk yang tinggal di tebing sungai.
Ini dapat dilihat di pesisir Sungai Pegalan dan Sungai Pampang serta beberapa anak sungai di Keningau yang masih menjadi medan pembuangan sampah dengan sewenang-wenangnya oleh penduduk yang tidak peka dengan penjagaan alam sekitar dan sungai.
Tinjuan akhbar ini mendapati pembuangan sampah di sungai masih diamalkan oleh penduduk yang tinggal di tebing sungai walhal kempen penjagaan alam sekitar bukan saja dipapar melalui poster dan risalah tetapi turut diwar-warkan dalan TV dan radio.
Read more...
-
Iklan Kekosongan Jawatan
Written by admin
Thursday, 29 April 2010 07:43
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan(14 Mei 2010) untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
Jurutera Gred J41
Juruukur Bahan Gred J41
Arkitek Gred J41
Penolong Jurutera Gred J29
Penolong Juruukur Bahan Gred J29
Penolong Pegawai Senibina Gred J29
Penolong Pegawai Sains Gred C27
Juruteknik Gred J17
Pelukis Pelan Gred J17
Permohonan secara ONLINE Layari : http://www.jawatan.sabah.gov.my
Last Updated on Thursday, 29 April 2010 07:50
-
Asariah: Lebih 3,000 kelas Pemulihan Khas di seluruh negara
Written by admin
Wednesday, 28 April 2010 09:04
KENINGAU: Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Asariah Mior berkata, kerajaan telah mengwujudkan sebanyak 3,339 kelas Pemulihan Khas di seluruh negara.
Katanya, penubuhan kelas itu bertujuan bagi menangani masalah kegagalan menguasai literasi dan numerasi, sekaligus mengurangkan kadar keciciran serta tahap pencapaian pelajar.

TANAM POKOK.. Asariah (kanan sekali) memerhatikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Joseph Pairin Kitingan, menanam pokok selepas perasmian majlis itu baru-baru ini.
Berucap semasa menjadi tetamu Majlis Sambutan Jubli Perak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau, Asariah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 111 iaitu 3.3 peratus kelas itu telah siap dibina, 2,917 atau 85.9 peratus sedang dalam pembinaan, manakala 3 atau 0.1 peratus diperingkat prabina.
Read more...
-
500,000 mohon kerja melalui online SPA
Written by admin
Tuesday, 27 April 2010 02:57
IPOH: Kira-kira 500,000 mengemukakan permohonan secara dalam talian atau online kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengisi jawatan perkhidmatan awam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata permohonan terbanyak diterima untuk perkhidmatan separa perubatan membabitkan jawatan seperti jururawat, pembantu perubatan dan farmasi iaitu sebanyak 260,000 permohonan.
“Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan awal tahun ini, lebih kurang 260,000 pemohon telah memohon jawatan dalam perkhidmatan separa perubatan yang hanya memerlukan kelulusan pada peringkat SPM,” katanya.
Last Updated on Thursday, 17 June 2010 03:48
Read more...
-
Tenom:Guru KAFA ditahan miliki 17 peket dadah
Written by admin
Monday, 26 April 2010 04:09
TENOM 25 April - Polis menahan seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana memiliki dadah jenis syabu di kilometer 1 jalan Tenom-Keningau dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Supritendan Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada pukul 10 pagi hasil maklumat orang awam.
"Polis yang sudah lama memerhatikan gerak geri suspek menahan suspek dan rakan wanitanya di hadapan sebuah stesen minyak di sini semalam.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 17 paket dadah jenis syabu seberat 0.6 gram, tiga buah telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM1,285," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Read more...
|
|
|
|
|
|
Page 9 of 46 |