Terima kasih atas kunjungan anda

keningaukini

  • Jangan benarkan remaja berpasangan tempah bilik penginapan: John

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah – Datuk John Angian merayu kepada pengusaha rumah penginapan di daerah ini supaya lebih bertanggungjawab, dengan tidak membenarkan sama sekali golongan remaja menginap dengan pasangan.

    John berkata, banyak aduan yang diterima mendapati terdapat kes remaja bawah umur menempah bilik penginapan dengan pasangan, dan pengusaha rumah penginapan membenarkan tempahan bilik tersebut.

    “Perbuatan ini tidak bertanggungjawab dan saya mahu ia dihentikan dengan serta-merta,” katanya.

    John juga mahu supaya pengusaha rumah penginapan melaporkan kepada pihak berkuasa, jika terdapat remaja bawah umur yang didapati berbuat demikian.

    Katanya, apa yang beliau cadangkan itu adalah untuk kebaikan semua pihak.

    “Keberanian remaja masa kini melebihi batas dan pemantauan serius perlu dilakukan, dan ini adalah tanggungjawab bersama,” jelasnya.

    Sepanjang dua tahun kebelakangan ini kes sumbang melibatkan anak-anak remaja didapati tidak terkawal.

    Last Updated on Friday, 07 May 2010 17:08
    Read more...
 
  • Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

    PDF Print E-mail

    Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

    Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

    "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

    "Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

    Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

    Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

    Read more...
 
  • Ancaman jenayah siber gugat organisasi, jejas keselamatan negara

    PDF Print E-mail

    KES jenayah siber terus meningkat dan kemampuan penjenayah terbabit menembusi pelbagai tembok keselamatan sistem (firewall) untuk mencuri maklumat atau merosakkan laman web membuktikan ada ketika mereka berada selangkah di depan. Antara kebimbangan yang semakin ketara dirasakan kebelakangan ini adalah kalangan pelanggan bank yang berdepan risiko akaun internet mereka diceroboh dan wang dalamnya lesap.

    Ini berlaku apabila kes pencerobohan internet membabitkan cubaan mencuri identiti pengguna termasuk kata nama dan kata laluan akaun internet meningkat 52 peratus iaitu 446 kes pada suku pertama tahun ini berbanding 214 kes bagi tempoh sama, tahun lalu. Dengan perangkaan ini, kita mungkin beranggapan ramai penjenayah siber memang licik dan masih bebas melakukan kegiatan mereka di samping kemunculan penjenayah baru. Berikutan dunia siber tidak dibatasi sempadan, keadaan semakin sulit kerana sebahagian penjenayah ialah warga asing dan berpangkalan di seberang laut.

    Last Updated on Thursday, 17 June 2010 03:44
    Read more...
 
  • Lee terharu terima wang dari Perkeso

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Terkejut kerana mendapat wang sebanyak RM29,240.64, seorang bekas pekerja sebuah syarikat, Lee Chong Chan, 50, mendakwa seolah-olah anak emas kepada kerajaan.

    “Saya amat beruntung kerana hidup dalam sebuah negara yang ditadbir oleh kerajaan yang penyayang kepada rakyat,” katanya.

    Lee menangis ketika menerima wang tersebut daripada Pengurus Perkeso Keningau, Maidin Bin Mursidi.

    “Saya tidak pernah termimpi untuk memperolehi wang sebanyak ini,” tambahnya dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan.

    Wang yang beliau terima adalah daripada Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) yang disediakan oleh kepada kerajaan kepada pencarum Perkeso.

    Selain daripada faedah itu, Lee turut menerima RM2,698.66 lagi daripada tabungan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS).

    Read more...
 
  • Keningau : Polis tahan datuk disyaki lakukan sumbang mahram cucunya

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Polis menahan seorang datuk kerana disyaki mela- kukan sumbang mahram ke atas cucunya.

    Suspek berusia 51 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Kampung Ranggom, Apin-Apin, dekat sini sebaik sahaja polis menerima laporan rasmi dari mangsa pada 1 Mei lalu.

    Nenek kepada mangsa merupakan seorang pelajar sekolah menengah Tingkatan Satu, terkejut apabila mengetahui perbuatan sumbang suaminya ke atas cucu mereka pada 15 April tahun ini.

    Ketua Polis Daerah (KPD), DSP Zahari Mohamed mengesahkan kejadian ketika dihubungi oleh New Sabah Times kelmarin.

    “Polis segera menahan suspek setelah mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama,” kata Zahari.

    Read more...
 
  • Keningau : SMK Gunsanad II cipta rekod guna alat muzik bungkau

    PDF Print E-mail

     

    SEBAHAGIAN daripada 130 pelajar SMK Gunsanad II memainkan alat muzik bungkau selama sejam tanpa henti untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records di Keningau baru-baru ini.

    KENINGAU 3 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunsanad II di sini berjaya melakar nama dalam Malaysia Book Of Records apabila memainkan alat muzik bungkau selama satu jam tanpa henti sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Sabah, kelmarin.

    Alat muzik tradisional kaum Kadazandusun itu dimainkan oleh 130 pelajar sekolah tersebut yang mempersembahkan 30 buah lagu etnik Dusun dan Murut secara berterusan.

    Antara lagu instrumental yang dimainkan ialah Usak Totomou, Tadau Tagazo Do Kadazan, Sapu Tangan Borinda, Kasakaazan Do Bambaazon dan Jambatan Tamparuli.

    Kumpulan pelajar itu yang dipimpin oleh Johnny Guntabid, sebelum ini telah pun membuat persiapan rapi dengan melakukan latihan selama enam minggu berturut-turut.

    Bungkau adalah sejenis alat muzik tradisional diperbuat daripada kulit pokok palma atau dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai polod yang menghasilkan bunyi merdu apabila ditiup.

    Biasanya bungkau dimainkan di majlis-majlis keramaian selain merupakan lambang kesenian etnik tersebut yang terkenal dengan pelbagai keunikan adat dan budayanya.

    Last Updated on Friday, 07 May 2010 04:56
 
  • KENINGAU : PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA PESTA KAAMATAN 2010

    PDF Print E-mail

    Pertandingan memancing ini diadakan pada : 09 Mei 2010 (Ahad) jam 10.00 pagi hingga jam 01.00 petang

    Bertempat : di Kolam Siba Kg. Merampong, Keningau.

    Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

    Johan                   : Wang Tunai RM1,000.00 & Sebuah Hamper
    Naib Johan            : Wang Tunai RM300.00 & Sebuah hamper
    Ketiga                  : Wang Tunai RM200.00 & Sebuah hamper
    Keempat - Kesepuluh : Wang Tunai RM100.00 & Sebuah hamper
    Kesebelas-Keduapuluh : Sebuah hamper setiap satu

    Yuran masuk RM50.00 sahaja.
    Tarikh pendaftaran pada 09 Mei 2010 (Ahad) mula jam 08.00 pagi di Kolam Siba.

    Jika ada pertanyaan sila hubungi:
    Puan Masnah Binti Sani - 019-8313268, 019-5881895

    Last Updated on Monday, 03 May 2010 09:35
 
  • Keharmonian pelbagai kaum perlu dipertahankan: Musa

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkata keharmonian pelbagai kaum dan budaya di negeri ini perlu terus dipelihara dan dipertahankan.

    Katanya, kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik di negeri ini tidak menjadi batu penghalang atau jurang pemisah antara kaum dan etnik tetapi sebagai pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang dinikmati selama ini.

    Beliau berkata, ini adalah sejajar dengan inti pati tema perayaan Tadau Kaamatan tahun ini ‘Kepelbagaian Kebudayaan Teras Keharmonian.’

    “Di Sabah, keharmonian pelbagai kaum yang terdiri lebih daripada 32 etnik yang sudah lama wujud sebenarnya mencerminkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak,” katanya dalam ucapan perasmian Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2010 dan Pelancaran Pesta Koningau 2010 di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu.

    Read more...
 
  • Pelawaan Hadir Ke Program Pengenalan Prudential BSN Takaful

    PDF Print E-mail

    Kami Mempelawa Anda Menyertai Syarikat Kami,

    Sebab Kami Ada Segalanya Untuk Anda DAN Pelanggan

    Jika Anda Berminat…

    Last Updated on Sunday, 02 May 2010 04:34
    Read more...
 


Page 8 of 46

Online

We have 8 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan