-
KENINGAU : Sejarah Daerah Keningau
Written by admin
Wednesday, 04 February 2009 05:34
Sejarah Daerah Keningau
Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan. Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus". Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.
Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. mereka inilah yang memberi gelaran "Kampung Keningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.

Nama KENINGAU terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.
Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae
Batu Sumpah
Legenda Batu Sumpah

Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Batu Sumpah tersebut kini diletak di perkarangan Bangunan Urusetia Keningau.
Mascot Daerah Keningau - mengenal Payau 
Payau merupakan salah satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae, Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau Chital).
Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K. whitehead, 1972). Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis payau lain yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama dama). Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.
Payau Sambar merupakan jenis payau yang lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas. Payau Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus Unicolor Brokei.Rujukan : http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/sejarah.html
Last Updated on Friday, 19 February 2010 06:08
|
-
KENINGAU : Keningau
Written by admin
Wednesday, 04 February 2009 05:22
Keningau is a sprawling timber and agricultural town and district located in the Interior Division of Sabah, east Malaysia on the island of Borneo. It is the oldest and largest district in the interior part of Sabah.
Geography
The Keningau District has an area of 3532.82 km² (1364 sq mi) and is situated in a valley surrounded by the Crocker Range to the west and the Trus Madi Range to
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:43
Read more...
-
Keningau :Internet Cafe:-Pelajar Sekolah Dilarang Masuk ?
Written by admin
Tuesday, 03 February 2009 05:18
Benarkah ? Pelajar sekolah di KENINGAU tidak dibenarkan masuk ke permis Internet cafe ? Ada kemungkinan Pihak berkuasa Keningau tidak akan teragak-agak untuk menangkap para pelajar berpakaian sekolah yang memasuki Permis Internet Cafe dan Pengusaha Internet Cafe pula akan dikenakan tindakan undang-undang.
Mungkin pihak berkuasa Keningau ada alasan tersendiri untuk melaksanakan peraturan ini,tetapi bagaimana pula dengan respon para pelajar ? Apa yang bermain difikiran saya ialah, pihak sekolah sendiri menggalakan para pelajarnya menguasi bidang ICT dan mahir menggunakan Internet.Namun apabila larangan ini dikuatkuasa bermakna ada sekatan terhadap galakan tersebut. Bagi pelajar yang ibubapa mereka mampu menyediakan kemudahan komputer dan internet mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagaimana mereka yang tidak mampu ?Dari segi pemantauan para pelajar yang mengakses internet di rumah dan di Internet cafe , mungkin tidak salah untuk saya katakan bahawa, pelajar yang mengakses internet di rumah lebih sukar dipantau berbanding di Internet cafe. Ini kerana kebiasaanya Ibu bapa akan membenarkan anak-anak mereka menggunakan Komputer dan internet secara peribadi di bilik masing-masing.Peluang ini mungkin akan disalahguna oleh anak-anak mereka untuk melayari laman web yang tidak sepatutnya.Berbanding dengan Internet cafe, para pelajar atau pelanggan adalah dilarang sama sekali melayari lawan web lucah dan sebagainya. Bahkan ada sesetangah Internet cafe di Keningau telah mamasang software atau firewall bagi menyekat para pelangganya mengakses lawan web yang ditegah. Seorang rakan saya yang juga pemilik Internet Cafe, pernah mengadu kepada saya bahawa pihak berkuasa tempatan telah menguatkuasakan peraturan hanya pelanggan berumur 18 tahun keatas sahaja yang dibenarkan masuk ke permis Internet cafe. Setelah merenung jauh, timbul persoalan lain yang saya fikirkan.Seandainya seorang pelajar itu, tidak memiliki komputer di rumah dan pula dilarang memasuk permis internet cafe, bermakna pelajar tersebut terpaksa menunggu lama sehingga berumur 18 tahun barulah berpeluang mempelajari komputer dan internet. Memang benar pihak sekolah juga ada menyediakan makmal komputer untuk kegunaan para pelajar, akan tetapi semua bergantung kepada jadual penggunaan dan masa yang terhad. Mungkin ada segelintir pelajar yang sering menyalahgunakan kemudahan Internet Cafe ini untuk tujuan hiburan semata-mata,tetapi adalah tidak adil bagi pelajar yang benar-benar memerlukan kemudahan Internet Cafe untuk masa depan mereka. Apapun kita harap peraturan ini dapat diterima pakai oleh semua pihak dan kita juga berharap pihak berkuasa dapat menilai semula pelaksanaan peraturan ini.
Last Updated on Sunday, 14 February 2010 08:10
-
KENINGAU : Bos Tolong Hantar Air Di Rumah
Written by admin
Monday, 02 February 2009 10:07
Sesetengah tempat di kawasan Kg Lingkudau, Keningau sekarang menghadapi masalah air, tekanan air tidak seperti dulu lagi. Kalau dalam sebulan sekali saja begitu tidak apa, tapi macam mana kalau tiap-tiap hari tekanan bekalan air kurang? Bila bagitau Jabatan Air, mereka memberi alasan banjir la, tangki bekalan air dorang rosak la etc..So mau bertanya kepada siapa lagi? Sekarang operasi pemotongan air sedang di lakukan di kawasan Keningau, tapi masalah tekanan air belum lagi boleh diatasi. Apa-apa pun diharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah bekalan air ini secepat mungkin
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:18
-
KENINGAU : Pelaburan:Penduduk Keningau Sering Tertipu?
Written by admin
Monday, 02 February 2009 00:33
Episodnya bermula dengan Pelaburan Internet Swiss Cash!.Walau sebelum-sebelum banyak Syarikat MLM menggunakan internet sebagai sumber rujukan dan informasi.Di Keningau angaran kerugian orang Keningau yang menyertai skim Swis cash adalah jutaan ringgit. Bagaimana ini terjadi ? bagaimana skim ini menipu atau melenyapkan duit peserta ? Berapa ramai pula yang mengaku ditipu oleh pengendali SwissCash ini? Mungkin ada dikalangan pembaca di Keningau , ingin berkongsi pengalaman ini, bolehlah membuat komen. Kini, adakah memori lepas akan berulang lagi ? Apabila Sebuah Syarikat yang dimiliki oleh seorang Bumiputera Sabah sendiri , yang bercita-cita besar mahu menjadikan ahli-ahlinya hidup lebih senang, dibekukan segala aktiviti urusniaganya atas alasan yang sama dengan kes SwissCash ? Ramai orang yang sedar , apabila SwissCash diharamkan di negara ini, para pelabur yang sudah membuat deposit hilang punca arah bagaimana untuk menarik balik wang yang telah dilaburakan. Sekatan keatas laman web swisscash juga sudah cukup menlenyapkan wang para pelabur di negara ini.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:18
-
KENINGAU : Chatting Itu Seronok ?
Written by admin
Saturday, 31 January 2009 23:36

Sebilangan orang khususnya di keningau yang ala kadar mengenali komputer dan internet akan berpendapat chating itu membosankan dan membuang masa.Hinggakan terlalu ada yang menganggap Chating itu akan membawa kepada gejala negatif. Ada banyak ruang cara untuk kita terlibat dalam aktiviti chating ini, seperti MIRC , MSN , YM , SKYPE dan lain-lain.Tetapi perasankah anda dalam urusan syarikat perniagaan yang menyediakan khidmat pelanggan secara online juga menggunakan ruang chating? bahkan agensi kerajaan juga menyediakan ruang live chat untuk urus bantuan pelanggan.Walau suatu ketika dahulu dianggap aktiviti yang tidak berfaedah namun kini chating digunapakai bagi memudahkan pelbagai urusan dengan kos yang murah.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:39
-
Jika demo gagal, undi protes PPSMI, kata A Samad Said
Written by admin
Friday, 30 January 2009 07:27
Ini adalah isu Nasional, mungkin kita di Pedalaman , Keningau ada yang agak ketinggalan atau sentiasa mengikut Perkembangan tentang isu Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik. Apa yang menarik minat saya disini ialah penglibatan Tokoh Sasterawan Negara iaitu Datuk A Samad Said dalam mengeluarkan pendapat dan idea. Petikan daripada laman blog Malaysiakini Datuk A Samad Sain berkata "Jika masih gagal ( demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini) , ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. 
"Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kepada Malaysiakini hari ini. Sebagai penghuni Daerah Pedalaman kita juga tidak harus keciciran dalam mengetengahkan pandangan , lebih-lebih lagi melihat jurang perbezaan keputusan peperiksaan anak-anak murid Sekolah Pedalaman dengan Sekolah Bandar. Sudah menjadi kebiasaan prestasi peperiksaan anak-anak murid di sekolah Bandar lebih baik dari Sekolah luar bandar.Adakah guru-guru di Pedalaman ini mampu memikul tugas melaksanakan PPSMI ini ? Kita tidak mempertikaikan keupayaan guru-guru dalam menguasi Bahasa Inggeris , tetapi bagaimana dengan anak-anak murid ?Kita tidak mahu tumpuan anak-anak murid dalam sesi Mata pelajaran sains dan matematik lebih berat kepada penguasaan menggunakan istilah dalam bahasa inggeris sahaja, sedangkan Objektif utamanya ialah pembelajaran Sains atau Matematik.Begitu juga dengan guru-guru yang mungkin lari dari fokus subjek Sains dan matematik itu sendiri,demi melaksanakan PPSMI dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh murid-murid. Turut terjadi apabila ada pemantauan pegawai atasan terhadap guru-guru yang terlibat dengan PPSMI ini, tumpuan guru-guru akan lebih kepada cara penyampaian pengajaran dalam bahasa inggeris daripada fokus kefahaman murid terhadap subjek mata pelajaran sains atau matematik. Melihat situasi sekarang, terlalu banyak bantahan PPSMI ini daripada NGO atau individu .Dan Bagaimana pula dengan kita yang berada di Pedalaman ini ?
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:39
-
KENINGAU : Tanggungjawab Siapa?- Update 08/02/2009
Written by admin
Thursday, 29 January 2009 13:38
Gambar ini mungkin kurang jelas , tetapi cukuplah untuk anda menilai sendiri .
Perhentian bas ini baru sahaja di"upgred" dan kelihatan cantik. Namun Pelik dan memang pelik mengapa Perhentian Bas ini disahabatkan dengan Tong Sampah ??? Tempat Pembuangan sampah ini betul-betul bersebelahan dengan Hentian Bas ini. Anda mungkin boleh meneka dimana lokasi Hentian Bas ini. 
Bagi Penduduk berdekatan sini mungkin pemandangan ini sudah menjadi kebiasaan, tetapi bagi anda yang mungkin tidak selesa, sanggup ke menunggu Bas atau kenderaan di Perhentian Bas ini ? Soalnya ini adalah tanggung jawab siapa ? Insya-Allah Saya akan cuba mendapatkan Gambar yang lebih jelas. UPDADTE : GAMBAR
TERBARU 08 february 2009 
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:18
-
KENINGAU : Yang Menarik Di Keningau : Kaya Dengan Bulatan Jalan
Written by admin
Tuesday, 27 January 2009 04:29

Suatu masa dahulu Daerah Keningau terkenal dengan jalan rayanya yang lurus dan menyeronokkan.Lebih-lebih lagi setelah penat bermain seleko daripada Kota Kinabalu tambunan hingga ke Apin-Apin.Dan bermulalah jalan yang dianggap lurus dan terpanjang dan diserikan lagi dengan suasan pemandangan sawah padi di kiri dan kanan. Namun demi kebaikan umum dan melancarkan lalu lintas ,satu demi satu Bulatan jalan dibina dan telah melenyapkan memori lama.Namun apa yang menariknya daripada dilabelkan sebagai daerah yang memiliki Jalan Raya lurus yang panjang, kini bertukar menjadi Daerah yang memilik Bulatan Jalan yang paling banyak. Mungkin anda boleh menghitung sendiri atau menyenaraikan bulatan jalan ini mengikut lokasi dan bilangan.
Last Updated on Thursday, 18 February 2010 06:19
|
|
|
|
|
|
Page 45 of 46 |