Terima kasih atas kunjungan anda

keningaukini

  • Tenom:Pasangan tinggal dalam khemah dapat pembelaan

    PDF Print E-mail


    Jamawi Jaafar (tiga dari kiri) bersama rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Tenom membawa bantuan makanan untuk diserahkan kepada Ampakat Magindul dan Sinang Bangsian di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong, Sabah, baru-baru ini.

    TENOM 18 Jun - Kedaifan hidup warga emas, Ampakat Magindul, 90, dan pasangannya, Sinang Bangsian, 87, yang hanya tinggal dalam khemah di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong dekat sini berakhir apabila mendapat pembelaan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.

    Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya terpanggil membela pasangan berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kisah hidup mereka oleh penduduk setempat.

    Katanya, keadaan hidup pasangan berkenaan yang banyak bergantung simpati sumbangan masyarakat sekeliling amat menyedihkan dan tidak terurus.

    ''Kita bukan sahaja melawat dan menghantar bantuan tetapi akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang bagi membantu pasangan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pasangan berkenaan baru-baru ini.

    Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata, antara penyelesaian jangka panjang itu adalah mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk pasangan tersebut.

    Tambahnya, pasangan tanpa anak itu turut dipelawa untuk dihantar ke rumah kebajikan bagi memastikan kehidupan mereka lebih terurus.

    ''Bagaimanapun kedua-dua langkah berkenaan bergantung kepada keputusan pasangan berkenaan dan keluarga mereka.

    ''Kita tidak boleh terlalu memaksa tetapi sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa dan memastikan bantuan tersebut disegerakan," ujarnya.

    Read more...
 
  • Perlu bijak manfaatkan Internet

    PDF Print E-mail

    KENINGAU 16 Jun - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menolak kemajuan dan perkembangan teknologi seperti Internet hanya kerana ia didakwa mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala tidak sihat.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, teknologi berkenaan boleh mendatangkan banyak manfaat jika digunakan dengan bijak dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.

    ''Pendekatan untuk menyelami hati remaja masa kini adalah berbeza dengan zaman dahulu. Kita tidak boleh menolak teknologi tetapi yang penting ialah pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan tingkah laku anak-anak mereka," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga 1Malaysia, Utamakan Keluarga anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Pensiangan di Sook semalam.

    Read more...
 
  • Lapan pusat e-Desa akan dilaksanakan tahun ini di lapan kawasan

    PDF Print E-mail

    NABAWAN: Lapan lagi pusat e- Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah akan dilaksanakan tahun ini.

    Pegawai Unit Kemajuan Teknologi Maklumat, Symphrosa Kasun berkata, lapan e-Desa dibawah Rancangan Malaysia Kespuluh (RMK10) itu akan dilaksanakan di kawasan Tamparuli, Kudat, Sook, Kota Marudu, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu.

    Katanya, bagi kawasan Nabawan pusat e- Desa itu akan dibina di Kg. Salarom Taka dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

    Sementara itu bagi kawasan Sook dan Tenom pusat e-Desa itu masing-masing dibina di Kg. Sinulihan Baru dan Kg. Mangkaniton.

    “Pusat e-Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat adalah satu program merapatkan jurang digital penduduk di luar bandar dengan bandar” katanya kepada New Sabah Times selepas melawat tapak pembinaan bangunan pusat itu di Kg. Salarom Takan pada Selasa.

    Katanya, program ini juga bertujuan memperkasakan rakyat melalui ICT agar mereka dapat mudah mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa.

    Disamping itu katanya, ia juga memberi peluang kepada penduduk kampung yang masih buta komputer menjadi celik komputer.

    Turut meninjau tapak pembinaan itu, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam selaku wakil penduduk Kg. Salarom Taka dan beberapa Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu dan Nabawan.

    Symphrosa memberitahu, selain lapan pusat e-Desa yang dilaksanakan tahun ini, 11 pusat e-Desa telah beroperasi di kawasan-kawasan lain di negeri ini sejak program ini pada tahun 2005.

    Last Updated on Thursday, 17 June 2010 05:15
 
  • Ellron mahu lebih banyak RT ditubuh di Sook

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin, mahu lebih banyak Rukun Tetangga (RT) ditubuhkan di Daerah Kecil Sook.

    Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, beliau mahu RT diperluaskan di kawasan itu supaya rakyat lebih memahami erti perpaduan serta lebih memahami bagaimana kerajaan mengurus pembangunan di sesebuah kampung.

    Katanya, setakat hari ini hanya dua rukun tetangga diwujudkan di kawasan pilihanraya DUN Sook, apa yang beliau sifatkan keperluan pertubuhan itu diwujudkan di kawasan itu amat penting.

    “Saya mahu tindakan segera dibuat supaya Sook mempunyai banyak Rukun Tetangga,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Juara Perpaduan anjuran KRT Kg. Panagatan Ulu di sini pada Rabu.

    Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Keningau, Masri Rayner, turut bersama di majlis yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu.

    Read more...
 
  • Perniagaan internet lubuk rezeki generasi milineum

    PDF Print E-mail

    HARI ini perniagaan internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.

    Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu.
    Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan internet adalah satu bentuk perniagaan untuk masa depan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan internet berbanding perniagaan kovensional.
    “Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di internet berbanding pasar raya,” katanya kepada Bernama.

    Menceburi bidang perniagaan bukanlah impian Shuth ketika kecil. Tetapi setelah memasuki alam pekerjaan, beliau mula bercita-cita menjadi usahawan. Hal ini kerana Shuth menyedari kebaikan dan keburukan antara bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri.

    Pada masa ini Shuth menjalankan beberapa jenis perniagaan internet yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan penyewaan ‘webhosting’, penerbitan serta penjualan ‘eBook’. Sebelum menceburi bidang perniagaan, anak kelahiran Muar ini pernah bekerja sebagai eksekutif IT yang menguruskan bahagian multimedia dan juga pembangunan web di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

    Read more...
 
  • Kerajaan kaji turunkan caj khidmat Internet

    PDF Print E-mail

    SINGAPURA 14 Jun - Kerajaan dalam usaha melebarkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara sedang mengkaji untuk mengurangkan bayaran perkhidmatannya bagi memastikan rakyat terutama di luar bandar mampu memiliki perkhidmatan tersebut.

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, di Singapura bayaran bagi perkhidmatan Internet untuk kelajuan asas 2 megabit sesaat (Mbps) adalah S$10 (kira-kira RM20) sebulan dan ini juga boleh dilakukan di Malaysia memandangkan sekolah kini dikenakan kadar RM20 sebulan untuk kelajuan yang sama.

    Syarikat telekomunikasi disarankan supaya realistik dalam menetapkan kadar bayaran perkhidmatan tersebut dan sentiasa melihat apa yang negara lain capai seperti Korea, Taiwan, China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

    ''Ini selaras dengan usaha kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RKM-10) untuk meningkatkan penembusan jalur lebar secara signifikan dengan menetapkan sasaran peningkatan penembusan jalur lebar isi rumah kepada 75 peratus menjelang akhir tahun 2015,'' katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Forum peringkat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Teknologi (ICT) ke-6 sehari di sini hari ini.

    Read more...
 
  • Sabah tangga kedua negeri paling ramai belajar di OUM

    PDF Print E-mail

    KENINGAU: Pengarah Open University Malaysia (OUM) Wilayah Sabah, Lamjin Atoh berkata, Sabah berada di tangga kedua sebagai negeri paling ramai di negara ini belajar di universiti itu, selepas Kuala Lumpur.

    “Pelajar OUM kini mencapai 15,000 orang,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Majlis Makan Malam Silaturahim Pelajar SMP Pedalaman dan Open University Malaysia Keningau 2010.

    Lamjin berkata, ketika universiti itu mula bertapak di Sabah pada tahun 2002, hanya kira-kira 53 orang yang mendaftar sebagai pelajar, tetapi kini bilangannya mencacah sehingga 15,000 orang.

    “Saya benar-benar bangga dengan peningkatan ini,” katanya dan menambah, sasarannya ialah memastikan OUM sebagai salah sebuah universiti pilihan tinggi di kalangan rakyat Sabah menjelang Tahun 2015.

    Read more...
 
  • Keningau:Peniaga sorok gula ditahan

    PDF Print E-mail

    KENINGAU 9 Jun - Tindakan seorang peniaga kedai runcit menyorok bekalan gula mengundang padah apabila dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat


    ANGGOTA penguat kuasa KPDNKK merampas 1.37 tan gula yang disorok dalam rumah peniaga di Keningau, kelmarin.
    penguat kuasa KPDNKK Sabah merampas 1.37 metrik tan gula bernilai RM2,534 yang disorokkan di sebuah premis di Keningau, Sabah, kelmarin.

    Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) dalam satu serbuan di sini semalam.

    Dalam serbuan pukul 10.45 pagi, sejumlah 1.37 tan gula bernilai RM2,534 ditemui disorok dalam rumah peniaga itu.

    Ketua Cawangan PPDNKK Keningau, A. Runji Abd. Hamid berkata, peniaga yang membuka kedai runcit kira-kira 10 kilometer dari pekan ini dilaporkan menyorok bekalan gula yang sepatutnya dijual kepada orang ramai.

    "Hasil maklumat awam, sepasukan pegawai penguat kuasa menyerbu rumah peniaga itu dan menemui bekalan gula yang dipercayai diperoleh terus daripada pembekal di Kota Kinabalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    A. Runji berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

    Katanya, jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

    Beliau menambah, berikutan penemuan itu pihaknya akan meningkatkan pemantauan kerana yakin kegiatan menyorok barang kawalan berkenaan masih berlaku di daerah ini walaupun bekalan gula sudah pulih.

    Katanya, KPDNKK tidak akan berkompromi dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga atau individu yang cuba menyorok barang kawalan itu.

 
  • Keningau:LEMBU 'ANCAM' NYAWA PENGGUNA

    PDF Print E-mail

    Beginilah pemandangan lembu-lembu di kawasan Trans Pegalan, yang telah membentuk kloni mengakibatkan pengguna jalan raya terpaksa bersabar atau mencari jalan alternatif, yang akhirnya punca kepada kemalangan berlaku

    KENINGAU: Lembu-lembu yang masih berkeliaran di jalan-jalan utama di daerah ini, semakin mengancam nyawa pengguna.

    Terbaru, dua kenderaan di Trans Pegalan terbabas dan hampir mencederakan pemandu, ketika mengelak binatang ternakan itu.

    Sepanjang tahun lepas sekurang-kurangnya 20 kemalangan disebabkan mengelak lembu di beberapa tempat berasingan di Keningau.

    “Keadaan ini sungguh membosankan,” – jelas seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex, 46.

    Masalah lembu berkeliaran di Keningau sudah menjadi isu besar, yang diperkatakan sejak lebih 30 tahun yang lalu.

    Pihak berkuasa tempatan telah melakukan pelbagai kaedah untuk menangani masalah itu, dan ini termasuk menyita binatang ternakan terbabit, namun sehingga kini ia masih menjadi masalah besar dan tidak dapat ditangani.

    Read more...
 


Page 5 of 46

Online

We have 11 guests online

Capaian Terus Ke Seksyen

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Facebook Fan

Keningaukini on Facebook

Iklan Percuma Ramadhan