-
Nabawan : Kemudahan awam musnah akibat banjir akan diselenggara
Written by admin
Thursday, 01 July 2010 03:25
NABAWAN: Beberapa kemudahan awam yang rosak dan musnah akibat banjir baru-baru ini di Pensiangan akan diambil perhatian dan diselenggarakan oleh kerajaan.
Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, berkata kemudahan-kemudahan yang musnah seperti jeti akan dibina semula kerana ia adalah keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:49
Read more...
-
Pelajar Sekolah Henry Gurney masuk IPTA dibebas berlesen
Written by admin
Wednesday, 30 June 2010 09:44
KENINGAU: "Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang terjerumus ke lembah gejala sosial akhirnya berubah dan diberi ruang membina masa depan. Saya harap anak saya sedar, bukan semua orang mendapat peluang kedua." Kelegaan itu diucap seorang wanita berusia lewat 40-an, ibu kepada seorang daripada tiga pelajar Sekolah Henry Gurney di sini, yang mendapat pembebasan secara berlesen. Doa yang tidak putus-putus supaya anak bongsu daripada empat beradik itu berubah sikap akhirnya dimakbulkan dan disifatkan ibunya sebagai pemberian paling bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:47
Read more...
-
Rela diingat sentiasa berusaha naik imej kredibiliti pasukan
Written by admin
Thursday, 24 June 2010 07:10
PENSIANGAN: Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) diingatkan supaya sentiasa berusaha untuk menaikkan imej dan tahap kredibiliti pasukan.
Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, RELA perlu ada kualiti kendiri dan intelek agar setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan betul dan telus demi menjamin keselamatan dan keamanan yang berterusan.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:49
Read more...
-
Rakyat Sabah merempat di ibu negara
Written by admin
Wednesday, 23 June 2010 08:19
Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Sabah menetap di lembah Klang. Bagaimanapun kebanyakan golongan muda itu kini hidup merempat.Menurut Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu), sesetengah rakyat Sabah itu tidak berpendidikan dan hidup mengemis bagi mendapatkan makanan di belakang restoran seperti KFC dan McDonald, manakala wanitanya ada yang terjebak dalam lembah pelacuran.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:50
Read more...
-
Keningau:Ibu bapa pedalaman setuju mansuh UPSR, PMR
Written by admin
Wednesday, 23 June 2010 05:41
KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.
“Dengan ketiadaan UPSR dan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul,” jelas seorang ayah – Masdir Hussien, 52.
Masdir yang menyifatkan penilaian SPM amat penting bagi mengukur prestasi seorang pelajar dalam bidang pelajaran berkata, cadangan kerajaan untuk memansuhkan dua penilaian itu sangat sesuai.
Seorang Pengerusi PIBG, Mohd Khairil Abdullah, 40, berkata, pemansuhan itu merupakan satu penstrukturan baru dalam sistem pelajaran di negara ini.
“UPSR dan PMR tidak sesuai untuk dijadikan penanda ukur kebolehan seorang pelajar,” jelasnnya dan berkata;
Penstrukturan itu sepatutnnya sudah dilakukan lebih awal, sebagai persiapan untuk menghadapi pelaksanaan era ‘dunia tanpa sempadan’ dengan sepenuhnya.
Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Pelajran, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedang mengkaji cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
Katanya di negara ini pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan hingga menyebabkan pembelajaran lebih menjurus, usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam semata-mata.
Read more...
-
Tenom:Pasangan tinggal dalam khemah dapat pembelaan
Written by admin
Sunday, 20 June 2010 04:28

|
|
Jamawi Jaafar (tiga dari kiri) bersama rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Tenom membawa bantuan makanan untuk diserahkan kepada Ampakat Magindul dan Sinang Bangsian di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong, Sabah, baru-baru ini.
|
TENOM 18 Jun - Kedaifan hidup warga emas, Ampakat Magindul, 90, dan pasangannya, Sinang Bangsian, 87, yang hanya tinggal dalam khemah di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong dekat sini berakhir apabila mendapat pembelaan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya terpanggil membela pasangan berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kisah hidup mereka oleh penduduk setempat.
Katanya, keadaan hidup pasangan berkenaan yang banyak bergantung simpati sumbangan masyarakat sekeliling amat menyedihkan dan tidak terurus.
''Kita bukan sahaja melawat dan menghantar bantuan tetapi akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang bagi membantu pasangan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pasangan berkenaan baru-baru ini.
Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata, antara penyelesaian jangka panjang itu adalah mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk pasangan tersebut.
Tambahnya, pasangan tanpa anak itu turut dipelawa untuk dihantar ke rumah kebajikan bagi memastikan kehidupan mereka lebih terurus.
''Bagaimanapun kedua-dua langkah berkenaan bergantung kepada keputusan pasangan berkenaan dan keluarga mereka.
''Kita tidak boleh terlalu memaksa tetapi sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa dan memastikan bantuan tersebut disegerakan," ujarnya.
Read more...
-
Perlu bijak manfaatkan Internet
Written by admin
Thursday, 17 June 2010 16:30
KENINGAU 16 Jun - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menolak kemajuan dan perkembangan teknologi seperti Internet hanya kerana ia didakwa mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala tidak sihat.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, teknologi berkenaan boleh mendatangkan banyak manfaat jika digunakan dengan bijak dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.
''Pendekatan untuk menyelami hati remaja masa kini adalah berbeza dengan zaman dahulu. Kita tidak boleh menolak teknologi tetapi yang penting ialah pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan tingkah laku anak-anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga 1Malaysia, Utamakan Keluarga anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Pensiangan di Sook semalam.
Read more...
-
Lapan pusat e-Desa akan dilaksanakan tahun ini di lapan kawasan
Written by admin
Thursday, 17 June 2010 05:14
NABAWAN: Lapan lagi pusat e- Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah akan dilaksanakan tahun ini.
Pegawai Unit Kemajuan Teknologi Maklumat, Symphrosa Kasun berkata, lapan e-Desa dibawah Rancangan Malaysia Kespuluh (RMK10) itu akan dilaksanakan di kawasan Tamparuli, Kudat, Sook, Kota Marudu, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu.
Katanya, bagi kawasan Nabawan pusat e- Desa itu akan dibina di Kg. Salarom Taka dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Sementara itu bagi kawasan Sook dan Tenom pusat e-Desa itu masing-masing dibina di Kg. Sinulihan Baru dan Kg. Mangkaniton.
“Pusat e-Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat adalah satu program merapatkan jurang digital penduduk di luar bandar dengan bandar” katanya kepada New Sabah Times selepas melawat tapak pembinaan bangunan pusat itu di Kg. Salarom Takan pada Selasa.
Katanya, program ini juga bertujuan memperkasakan rakyat melalui ICT agar mereka dapat mudah mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa.
Disamping itu katanya, ia juga memberi peluang kepada penduduk kampung yang masih buta komputer menjadi celik komputer.
Turut meninjau tapak pembinaan itu, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam selaku wakil penduduk Kg. Salarom Taka dan beberapa Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu dan Nabawan.
Symphrosa memberitahu, selain lapan pusat e-Desa yang dilaksanakan tahun ini, 11 pusat e-Desa telah beroperasi di kawasan-kawasan lain di negeri ini sejak program ini pada tahun 2005.
Last Updated on Thursday, 17 June 2010 05:15
|
|