-
Penduduk resah jalan rosak
Written by admin
Saturday, 24 July 2010 06:05

|
|
Kenderaan melalui jalan berbecak bagi membawa penduduk kampung ke pekan Keningau dan pekan berhampiran.
|
KENINGAU 23 Julai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah realiti hidup yang perlu ditempuhi oleh penduduk di beberapa kampung yang berdepan kesukaran untuk ke pekan-pekan utama seperti Keningau, Sook dan Nabawan.
Bukan kerana tiada duit atau kesempitan hidup tetapi keadaan jalan yang rosak, becak dan berlumpur menyebabkan perjalanan mudah itu menjadi sukar.
Last Updated on Saturday, 24 July 2010 06:07
Read more...
|
-
Keningau:Masalah jalan sesak selesai penghujung tahun, kata Sairin
Written by admin
Thursday, 22 July 2010 05:15
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj Karno berkata, masalah kesesakan memasuki bandar Keningau akan selesai selewat-lewatnnya penghujung tahun ini.“Kerja menaiktaraf sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis bersama rakyat di sini.
Sairin yang merupakan wakil rakyat kawasan Liawan memberitahu, kerja-kerja awal menaiktaraf beberapa lokasi kritikal yang bermula berhampiran hospital besar, simpang PPH Kem dan Jambatan Sungai Liawan sedang bermula
Read more...
-
Maju atau mundur sesuatu kaum terletak di bahu kaum berkenaan
Written by admin
Wednesday, 21 July 2010 07:27
 |
| SIJIL...Seorang ahli PPK Moridin Gindik menerima sijil penghargaan dan hadiah khas disampaikan oleh Sairin (kiri) kerana terpilih sebagai penjual getah tertinggi kepada PPK Keningau tahun 2009 disaksikan Jafrin |
KENINGAU: Maju atau mundurnya sesuatu kaum itu bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya di bahu kaum berkenaan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Haji Sairin Haji Karno.
Katanya, anjakan paradigma perlu dilakukan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang dan agensi yang amat sesuai menerajui anjakan ini seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau sendiri.
Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Liawan berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan tahunan ke 28 PPK Keningau di hotel perkasa di sini pada Sabtu lepas.
Read more...
-
GURU SABAH, S'WAK DITEMPATKAN DI NEGERI SENDIRI
Written by admin
Monday, 19 July 2010 11:50
KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di negeri asal masing- masing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.
Beliau berkata proses itu sudah pun dimulakan berdasarkan permintaan dari kedua-dua negeri itu sendiri, namun proses tersebut akan memakan masa dan dijalankan secara berperingkat.
Read more...
-
Skim latihan khas bagi siswazah menganggur dilancar
Written by admin
Saturday, 17 July 2010 06:55
SEGAMAT 17 Julai – Kerajaan hari ini melancarkan satu skim latihan khas bagi melengkapi para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan yang masih menganggur dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Read more...
-
5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Written by admin
Thursday, 15 July 2010 15:02
Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Read more...
-
AWASI JENAYAH SIBER
Written by admin
Monday, 12 July 2010 00:22
KUALA LUMPUR: Pengguna Intenet, AWAS! Jangan memuat turun perisian dan aplikasi yang tidak diketahui, dan jangan sesekali membuka lampiran daripada penghantar yang tidak dikendali. Juga berhati-hati semasa melakukan transaksi dalam talian.
Yang penting, dalam era teknologi baharu, dengan jumlah transaksi dalam talian semakin meningkat dalam ruang siber, pengguna Internet perlu terus berada di hadapan berbanding penjenayah siber.
Read more...
-
Keningau:Penduduk perlu titik berat keselamatan harta benda, kata Zahari
Written by admin
Friday, 09 July 2010 04:23
KENINGAU: Polis Keningau berkata, penduduk Daerah Keningau ‘suka mencabar risiko’, dengan tidak menitik beratkan keselamatan harta benda mereka.
Ketua Polis daerah itu, DSP Zahari Mohamad, berkata sepanjang dua minggu terakhir pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 16 buah rumah di kawasan beberapa taman perumahan di sini, ditinggalkan tanpa dikunci.
Read more...
-
3,000 PENDUDUK LALUI JALAN BAHAYA
Written by admin
Wednesday, 07 July 2010 06:22
KENINGAU: Lebih 3,000 penduduk di sepuluh kampung merayu supaya kerajaan menyelenggara jalan raya yang menjadi jalan perhubungan mereka sama ada ke daerah Nabawan dan Keningau.
Kampung yang terbabit adalah Kg. Pengaraan, Kg. Pohon Batu A, Kg. Pohon Batu B, Kg. Sumbiling, Kg. Binanun, Kg. Nangkawangan, Kg. Lumiri Tengah, Kg. Mamagun, Kg. Likowon dan Kg. Susungoi.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 05:43
Read more...
|
|
|
|
|
|
Page 3 of 46 |