-
BSN diminta tingkat perkhidmatan di Kemabong
Written by admin
Friday, 06 August 2010 10:00
TENOM: Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kawasan Kemabong, Sukimin Rukini, meminta perkhidmatan Bank Simpanan Nasional di daerah ini supaya meningkatkan perkhidmatannya.
Katanya, memandangkan pelanggan bank itu semakin meningkat maka wajarlah perkhidmatannya dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Read more...
|
-
Polis: Jangan guna motosikal empat roda di kawasan awam
Written by admin
Tuesday, 03 August 2010 03:57
KENINGAU: Polis memberi amaran keras kepada pengguna motosikal empat roda, supaya tidak menggunakan kenderaan itu di kawasan awam.
Ketua polis Keningau DSP Zahari Mohamadmenegaskan, sesiapa yang didapati menyalahgunakan fungsi kenderaan itu boleh diambil tindakan tegas.
“Motosikal empat roda itu hanya untuk kegunaan sukan,” katanya ketika diminta reaksi terhadap penggunaan secara berleluasa motosikal itu di daerah Keningau.
Kebanyakan pemilik motosikal itu di kalangan keluarga berada dan menggunakannya seperti kenderaan biasa di sini.
Read more...
-
Nabawan:Ibu bapa perlu ubah sikap, kata Ghani
Written by admin
Sunday, 01 August 2010 08:53
NABAWAN: Ibu bapa perlu mengubah sikap dan meletakkan pendidikan sebagai aset yang lebih penting untuk masa depan anak-anak.
Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini dan akan datang hanya insan yang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas sahaja yang mampu menerokainya.
Read more...
-
Rumah papan nyaris hanyut akibat banjir kilat
Written by admin
Thursday, 29 July 2010 07:10
KENINGAU: Sebuah rumah papan di Kg. Lingkudau nyaris hanyut akibat banjir kilat sungai Bariawa pada kira-kira jam 5.00 pada petang Isnin lepas.
Walau bagaimanapun penghuni rumah itu sempat berpindah dan membawa keluar barang-barang mereka sebelum paras air naik.
Menurut Pemaju Mukim Lingkudau, Amir Jani, rumah itu dihuni oleh sembilan orang itu sebelum ini pernah ditenggelami air pada banjir kilat beberapa bulan yang lalu di mana pada ketika itu tebing runtuh dan hampir memusnahkan rumah itu.
Read more...
-
Pementasan "TEATER BAKAKUK"
Written by admin
Saturday, 24 July 2010 16:06
Orang ramai adalah dipelawa untuk handir menyaksikan Pementasan Teater BAKAKUK ,hasil karya /arahan Muhammad Hj.Saleh @ Mat Kongo di Dewan Masyarakat Keningau Pada 26 Julai 2010 bermula Jam 7.30 malam.Masuk adalah Percuma.
Acara ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan kerjasama Angkatan Kesenian Ibu Kota (AKSI) Cawangan. AKSI merupakan persatuan yang baharu sahaja bertapak di daerah Keningau.Kepada anda yang berminat menyertai persatuan ini bolehlah mendapatkan Borang keahlian di Pejabat OnLine Production, Tingkat Bawah Bangunan UMNO, Keningau atau hubungi talian 019-5355501.
Last Updated on Saturday, 24 July 2010 16:17
-
'Terpaksa bermalam dalam kereta'
Written by admin
Saturday, 24 July 2010 06:07
KENINGAU 23 Julai - Kejadian penduduk kampung yang terpaksa bermalam dalam kereta selepas kenderaan mereka rosak atau tersangkut dalam lumpur bukan baru bagi penduduk di 11 buah kampung termasuk Kampung Lumiri Tengah di sini.
Malah, menurut Ketua Kampung Lumiri Tengah, Laumin Bintang, orang sakit tenat dan memerlukan rawatan segera di hospital juga pernah bermalam di dalam kereta gara-gara kereta rosak selepas gagal melalui selut dan lumpur di sepanjang jalan tersebut.
Read more...
-
Penduduk resah jalan rosak
Written by admin
Saturday, 24 July 2010 06:05

|
|
Kenderaan melalui jalan berbecak bagi membawa penduduk kampung ke pekan Keningau dan pekan berhampiran.
|
KENINGAU 23 Julai - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah realiti hidup yang perlu ditempuhi oleh penduduk di beberapa kampung yang berdepan kesukaran untuk ke pekan-pekan utama seperti Keningau, Sook dan Nabawan.
Bukan kerana tiada duit atau kesempitan hidup tetapi keadaan jalan yang rosak, becak dan berlumpur menyebabkan perjalanan mudah itu menjadi sukar.
Last Updated on Saturday, 24 July 2010 06:07
Read more...
-
Keningau:Masalah jalan sesak selesai penghujung tahun, kata Sairin
Written by admin
Thursday, 22 July 2010 05:15
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj Karno berkata, masalah kesesakan memasuki bandar Keningau akan selesai selewat-lewatnnya penghujung tahun ini.“Kerja menaiktaraf sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis bersama rakyat di sini.
Sairin yang merupakan wakil rakyat kawasan Liawan memberitahu, kerja-kerja awal menaiktaraf beberapa lokasi kritikal yang bermula berhampiran hospital besar, simpang PPH Kem dan Jambatan Sungai Liawan sedang bermula
Read more...
-
Maju atau mundur sesuatu kaum terletak di bahu kaum berkenaan
Written by admin
Wednesday, 21 July 2010 07:27
 |
| SIJIL...Seorang ahli PPK Moridin Gindik menerima sijil penghargaan dan hadiah khas disampaikan oleh Sairin (kiri) kerana terpilih sebagai penjual getah tertinggi kepada PPK Keningau tahun 2009 disaksikan Jafrin |
KENINGAU: Maju atau mundurnya sesuatu kaum itu bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya di bahu kaum berkenaan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Haji Sairin Haji Karno.
Katanya, anjakan paradigma perlu dilakukan di kalangan ahli-ahli Pertubuhan Peladang dan agensi yang amat sesuai menerajui anjakan ini seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau sendiri.
Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Liawan berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan tahunan ke 28 PPK Keningau di hotel perkasa di sini pada Sabtu lepas.
Read more...
|
|
|
|
|
|
Page 2 of 46 |