Untitled-4
  • PBS yakin RCI dibentuk siasat isu pendatang

    Umum

    KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Ra- din Malleh yakin Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah tidak lama lagi.

    “Kita perlu yakin dan percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ber- usaha bersungguh-sungguh untuk mengotakan janji beliau di bawah konsep 1Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

    Read more...
 
  • Pembangunan infrastruktur luar bandar penting

    Berita Keningau

    KENINGAU: Pembangunan infrastruktur di luar bandar terutama jalan raya penting bagi pertumbuhan ekonomi penduduk luar bandar yang berhubungkait dengan aktiviti pertanian.

    Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, jalan raya amat penting bagi penduduk khususnya golongan petani untuk mengeluarkan apa juga hasil pertanian mereka.

    Read more...
 
  • Pembangunan Pekan Baru Nabawan perlu dipercepat

    Nabawan-Sook

    NABAWAN: Pembangunan Pekan Baru Nabawan perlu dipercepat bagi menjana pendapatan dan kutipan cukai Majlis Daerah Nabawan (MDN).

    Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Bobbey A. Suan berkata, kewujudan Pekan Baru di daerah ini amat penting kerana ia bukan sahaja menjana pendapat Majlis Daerah tetapi ia boleh menarik pelabur dari luar.

    Read more...
 
  • MAJLIS PENGURUSAN PELAJAR BARU LPBS KPLI j-QAF

    Berita IPG Keningau
    j-qaf2012
    Sesi Pendaftaran KPLI j-QAF

    Majlis Pengurusan Pelajar Baru LPBS KPLI j-QAF. Seramai 68 pelatih telah mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian perguruan.

    Pelatih baru ini telah diagihkan mengikut opsyen iaitu satu kelas bagi pengajian Bahasa Arab dan dua kelas bagi pengajian Islam. 

    Pada 1 Februari malam mereka telah melaksanakan malam budaya dengan  tema variasi seni yang menggambarkan kepelbagaian budaya di Malaysia termasuklah dikir borneo. Majlis penutupan MPPB bersama perhimpunan pelatih dilaksanakan pada pada 2 Februari petang.

    Read more...
 
  • Rumah setinggan dirobohkan

    Berita Keningau

    KENINGAU: Kedegilan pemilik rumah setinggan haram berhampiran Kampung Bulu Silou berakhir apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah ini merobohkan rumah itu kira-kira jam 9 pagi pada Selasa.

    Penolong Penguatkuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau, Jeffrey Raphael, berkata pemilik rumah haram yang dipercayai rakyat asing itu mendirikan rumah berkenaan dalam kawasan tanah simpanan jalan raya yang menyalahi undang-undang.

    Read more...
 
  • Bulatan Jalan Behampiran JKR Keningau Pelik ?

    Berita Keningau

    bulatanjalanjkrD

    Lebuhraya Keningau hampir siap sepenuhnya, tahniah kepada kontraktor yang siang malam bertungkus lumus menyiapkan kerja mereka.Namun ada rasa keganjilan sedikit bila melalui bulatan jalan berhampiran dengan JKR Keningau.Pengguna yang melalui jalan ini pasti rasa pelik mengapa bulatan jalan dari arah Apin-Apin - Keningau lebih besar putaran berbanding laluan dari Keningau- Apin-Apin.

    Read more...
 
  • Salam Maulidur Rasul

    Umum

    Contohi perjuangan Rasulullah S.A.W: Tuanku Abdul Halim

    PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.

    Read more...
 
  • Peniaga rayu masalah bekalan air segera diatasi

    Berita Keningau

    KENINGAU: Para peniaga di sekitar Pekan Bingkor di sini, merayu pihak berkuasa agar masalah bekalan air ke gerai-gerai dan tandas pekan itu diperbaiki.

    Masalah bekalan air yang berlarutan di satu deret gerai makan di pekan itu menimbulkan banyak masalah dan rungutan, manakala ketiadaan bekalan air di tandas menyukarkan para pelanggan dan pengunjung yang telah berlarutan tanpa diambil perhatian.

    Read more...
 


Page 1 of 11

Online

We have 25 guests online

Web Hosting

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

KOLUM/RENCANA

BB

TINJAUAN

PATI DI KENINGAU..