• Home
  • Forum
  • e-Rombengan
  • Penafian
  • Artikel Kami
  • Bahasa Murut
  • Berita Keningau
  • Keningau Sekarang
  • Penafian
  • Umum
Tuesday, February 9, 2010 9:37
  • News Feed
  • Comments Feed

Keputusan UPSR Empat Sekolah Sabah Disemak Semula

Tagged with: keningau, sekolah, upsr
Posted by keningaukini on Saturday, November 21, 2009, 8:48
This news item was posted in Berita Keningau category and has 12 Comments so far.

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di empat buah sekolah di Sabah ditahan kerana disemak semula dan hanya akan diumumkan pada Isnin.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian terpaksa menahan keputusan itu bagi membolehkan Lembaga Peperiksaan menilai semula jawapan pelajar kerana timbul unsur keraguan.

Ia membabitkan tiga buah sekolah di Tawau dan satu di Keningau membabitkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, Alimuddin memberitahu Bernama Sabtu.

“Disebabkan adanya ketidakpastian dan keraguan terhadap jawapan bagi tiga mata pelajaran itu, kementerian menahan keputusan UPSR bagi membolehkan jawapan itu dinilai semula.

“Penilaian telah siap dan pelajar-pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing Isnin ini,” katanya.

Keputusan UPSR seluruh negara diumumkan pada Khamis lepas.

Ditanya adakah penahanan keputusan itu disebabkan kebocoran kertas soalan, Alimuddin berkata: “Perkara itu tidak berlaku.”

“Kes seumpama itu pernah berlaku sebelum ini. Tahun lepas pun ada. Tidak ada kebocoran kertas soalan. Apa yang berlaku ialah Lembaga Peperiksaan mendapati ada keraguan terhadap jawapan dan mereka menangguhkan keputusan untuk dikaji semula,” katanya.

Beliau tidak memberi nama sekolah terbabit.

Mengenai kesan penahanan keputusan itu terhadap pelajar dan kebimbangan ibu bapa mengenai kemasukan anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh, Alimuddin berkata perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana urusan kemasukan ke asrama penuh dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata kementerian mempunyai senarai nama pelajar yang layak dan keputusan siapa yang terpilih juga ditentukan pihaknya.

“Sebenarnya masalah ini tidak timbul. Urusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dikendalikan oleh kementerian. Penahanan keputusan itu tidak mengganggu peluang mereka kerana kementerian mempunyai senarai nama mereka yang layak. Jadi ibu bapa tidak perlu risau mengenainya,” katanya.

Pencapaian keseluruhan calon-calon tahun ini mengalami peningkatan berbanding tahun lepas dengan pencapaian keseluruhan Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini telah meningkat sebanyak satu peratus berbanding 2008.

– BERNAMA

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Keputusan UPSR Empat Sekolah Sabah Disemak Semula”

  1. etuza
    2009.11.21 20:27

    :) mujurlah keputusan itu dikeluarkan juga, sebagai ibubapa pasti risau, entahlah kenapa perkara ini berlaku, mesti ada sebab kan. Bagaimanapun kita syukurilah tidak disiasat hingga ke akar umbi masalah ini.

  2. etuza
    2009.11.21 20:29

    salam keningau kita sudilah linkkan an promot blog etuza warna kehidupan ni ya. Bagilah sokongan orang keningau blogger ni. Klik ja http://www.ezawarna-warnakehidupan.etuza.blogspot.com

  3. noname
    2009.11.22 05:20

    the blog u were lookin 4 was no found…

  4. cicak
    2009.11.22 06:28

    wah panjangnya URL blog en. etuza.
    Sapa2 yg mau lawat, ini URL yg sebenar. (Ni pun sa cuba jaya saja ni)

    http://www.ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

  5. relex
    2009.11.22 20:19

    sebenarnya kertas soalan tu tidak bocor.. kalau bocor camna mo jawab.. hehe.. :lol:

  6. pusas tuntul
    2009.11.23 09:56

    inilah sebabnya kalau meniru.. janganlah kasi malu keningaau, kerana sebab beberapa orang saja satu keningau kena tempias kan memalukan. ntahlah kalau tidak pandai malu.. cubalah yakin pada diri jangan ingat soalan bocor ja.. yang tidak faham makna soalan bocor tu bagus jangan komen lar..

  7. relex
    2009.11.24 00:15

    saya yang tidak faham ka,, atau ko yg tidak paham ayat sa tuntul?!

  8. O'bomb
    2009.11.24 02:47

    :roll: kenapa diaorang ingat ‘Orang Kita’ tidak pandai kah.? Kalau ada peluang kemudahan pendidikan yang baik ‘Orang Kita’ pun boleh dapat keputusan yang terbagus bah. Itu soalan bocor tidak main sama ‘Orang Kita’ -ketinggalan isu udah tu.

  9. Tvagu
    2009.11.24 22:06

    teli om

  10. TANAK OM
    2009.11.24 22:08

    ANAK SIA BARU DAPAT 5 A.KALAU SIMAK BALIK TURUN KAH ITU A

  11. SUMANDAK GITOM
    2009.11.24 22:10

    Saya mau cari om tapi om pun tida mau sama sia

  12. tanak tator
    2009.11.24 22:12

    hitam pun sia mau bah tapi gigi mesti putih tau

Leave a Reply

« Keningau: AYAH CARI ANAK YANG HILANG 5 TAHUN LALU
Keningau:Suami berang lepas empat tembakan »

Subscribe

You can subscribe by email to receive newsletter updates:

Subscribe through a RSS feed reader

News Feed Comments Feed

  • Keningaukini | Promote Your Page Too
  • Nuffnang

  • Waktu Solat

  • KETUA MENTERI SABAH

    Ketua-Ketua Menteri Sabah

  • Tokoh Daerah Keningau

    OKK GUNSANAD

    O.K.K SEDOMON GUNSANAD

    TUN AHMAD KOROH

    OKK PHILLIP TOYONG

  • Kampung Dan Lokaliti Daerah Keningau

    Kampung / Lokaliti

  • Iklan

    ProsperousBoom.com

  • RAKAN BLOG

    Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd Razak

    Lady Mariah

    Keningau Darters

    CiCak ?

  • Sila Gunakan Pelayar FireFox Untuk Paparan Terbaik

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Archives

  • WebHosting

    Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
  • Komen Terbaharu

    • G.15 on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
    • kambing on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
  • Pengunjung

    stats for wordpress

    Users Online [ Stats ]

  • Digital Clock Desktop Calendar

Sponsored Ads

Advertisement

A wordpress magazine theme design by Deluxe Themes.
Sponsored by Noobpreneur Business Blog, Personal Neurofinance Blog, Knol Today Blog-Magazine
Copyright ©2008 KeningauKini. All rights reserved.