Gagal kawal emosi selepas bertengkar dengan isteri
KENINGAU: Akibat terlalu marah ketika bertengkar dengan isteri, seorang suami melepaskan empat das tembakan secara membabi buta dengan menggunakan senapang buatan sendiri atau ‘bakakuk’ di rumahnya di Kampung Luagan, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai petani, dipercayai gagal mengawal emosinya, lalu melepaskan tembakan ke arah bumbung rumah.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad, berkata isteri lelaki terbabit yang berusia 30 tahun terselamat selepas melarikan diri.
ZAHARI menunjukkan bakakuk yang dirampas daripada seorang lelaki yang melepaskan tembakan ketika bertengkar dengan isterinya di Kampung Luagan, Keningau, kelmarin
“Siasatan menjumpai empat kelongsong peluru penabur yang dipercayai dilepaskan daripada bakakuk itu. Kesan tembakan dijumpai pada atap zink rumah,” katanya di sini semalam.
Polis juga berjaya menahan lelaki terbabit dan menahannya di kebun getah berhampiran rumah berkenaan, petang kelmarin.
Polis yang merampas bakakuk berkenaan menjumpai sebutir peluru hidup jenis `buck shoot’ dalam senjata api itu.
Lelaki terbabit ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) kerana kesalahan memiliki senjata api yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Siasatan juga dijalanan mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960 kerana kesalahan melepaskan tembakan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih satu tahun atau denda RM2000,00 atau kedua-duanya sekali.
![]()
tu la..wahai semua wanita..kesabaran suami ada batasnya…
tpi..bukan la sampai menimbak ba. Mana ajaan agama? Tidak takut neraka ka..
Sikit-sikit menimbak. Siapa yg ‘emo’ tu jan la bah pandai2 pigang bakakuk. Cari nahas.
siapa dari kg.luagan sni.. cuba bagi ulasan skit..
kalau marah baik keluar dari rumah lepak di kedai kopi minum kopi kaw 2-3 jug selesai masalah 1 hari. main tembak2 mana boleh selesai, tambah masalah lebih besar adalah.
tu la ba…klu trtembak btl2 kn susah..seumur hidup d pnjara o…hukuman mandatori..
buruk senapang dia..
main ikat2 lagi..
huhuhu..
kelab janda dapat member lagi lah tu….
susah juga dapat laki panas baran…membahayakan nyawa orang sekeliling….
nasib baik tiada bazooka.. mkli klu ada, dia pakai jg 2.. abis gas d kg.luagan malatup..!! wakwakwakakwakawkakak
Bru lpas bamput ba tu dong..