• Home
  • Forum
  • e-Rombengan
  • Penafian
  • Artikel Kami
  • Bahasa Murut
  • Berita Keningau
  • Keningau Sekarang
  • Penafian
  • Umum
Tuesday, February 9, 2010 9:38
  • News Feed
  • Comments Feed

Keningau: Usahawan harus berani jadikan teknologi faktor persaingan dalam perniagaan

Tagged with: JUSTIN GUKA, keningau, MARA
Posted by keningaukini on Sunday, November 15, 2009, 8:30
This news item was posted in Berita Keningau category and has 7 Comments so far.

KENINGAU: Wakil Rakyat Bingkor mahu usahawan di daerah ini berubah sikap dan berani untuk menjadikan teknologi sebagai faktor persaingan dalam bidang perniagaan.

Katanya, kaedah berkesan untuk meningkatkan produktiviti serta penambahbaikan produk, hanya dengan mengguna pakai teknologi terkini.

“Anda perlu berani untuk menyahut cabaran ini, jika anda inginkan kejayaan dalam bidang perniagaan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Karnival Jualan Mega 2009 peringkat Daerah Keningau.

Justin berkata, usahawan di negeri ini perlu mengambil kesempatan serta bersikap proaktif, bagi memanafaatkan hasil R&D terutamannya dikalangan penyelidik Bumiputera.

Menurutnya, kewujudan banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan agensi-agensi kerajaan seperti UiTM, UMS, SIRIM, MARDI, FAMA dan lain-lain, yang terlibat dalam penyelidikan perlu dimemanfaatkan oleh para usahawan dengan semaksimumnya.

Wakil rakyat itu menjelaskan, kerajaan sentiasa bekerja keras dan komited, dalam usaha untuk membangunkan usahawan Bumiputera, supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

“Untuk berjaya, usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik, serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan,” jelasnnya.

Katanya, era k-ekonomi, hanya mereka yang berpengetahuan dan bermaklumat akan lebih ke hadapan.

“Kita tidak mahu usahawan bumiputera tercicir dalam persaingan terutamannya dalam industri-industri kritikal yang telah dikenalpasti,” tegasnya dan menambah, usahawan perlu bersiap sedia untuk menghadapi cabaran dalam ekonomi negeri maju dalam waktu terdekat.

Justin memberitahu, suasana yang mencabar dalam dunia perniagaan pada era ini, sebenarnya menjanjikan pulangan imbuhan yang lumayan sekiranya para usahawan sanggup bersaing.

Bercakap kepada wartawan dalam satu sidang media selepas majlis itu, Justin berkata, peranan usahawan amat besar kerana mereka turut terlibat dalam pembangunan ekonomi Negara.

“Penglibatan anda amat signifikan ke arah memastikan kestabilan ekonomi, politik dan sosial di negara ini,” jelasnya.

Mengenai karnival itu, Justin berkata, komuniti usahawan yang diwujudkan oleh MARA memberi sumbangan besar kepada negara.

“MARA melahirkan ramai majikan dikalangan bangsa sendiri (Bumiputera),” tambahnya.

Justin menasihatkan usahawan di daerah itu supaya peka dengan perubahan semasa, dan berusaha untuk menjana idea yang kreatif dan inovasi, bagi meningkatkan daya saing untuk menakluki pasaran domestik, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Bersama di majlis itu ialah Pengarah Mara Negeri Sabah, Tuan Hj. Mohd Yunus Razali, Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd Yusof, Pegawai Mara Daerah Keningau, Ali@Zainal Maidin, serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Keningau: Usahawan harus berani jadikan teknologi faktor persaingan dalam perniagaan”

  1. hua haha
    2009.11.15 09:31

    …..” Wakil Rakyat Bingkor mahu usahawan di daerah ini berubah sikap dan berani untuk menjadikan teknologi sebagai faktor persaingan dalam bidang perniagaan.”…..
    “……bagi meningkatkan daya saing untuk menakluki pasaran domestik, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa……”

    Justin, kau cuba sendiri dulu itu teknologi dan pasaran produk. Kalau ok 100% baru cakap.Nanti banyak bumiputra jadi lingkup pasal mahu ‘menembusi pasaran antarabangsa’. Dan kalau ada masa lawat2 lah di Daerah Bingkor jumpa rakyat-rakyat sendiri, jangan hantar wakil saja.

  2. Korom
    2009.11.15 11:17

    Jangan ganggu wakil rakyat ini.Dia sibuk dengan skim pleaburan dan keusahawanan.Ini lah wakil rakyat yang terlibat dengan pelaburan piramid dan juga usahawan direct selling-tricajus.
    Kerja semua suruh wakil buat.

  3. Pilak men
    2009.11.15 12:27

    Mimang rock la kn wkil rkyat da..Mimang itu yg kmi cri..Tp arap2 tu wkil rkyat inda masam yb2 sikarang yg duduk2 diam di bilik ja ari2 sma ciwi pelipin..

  4. cicak
    2009.11.16 06:36

    Sudah wakil rakyat, time buli jumpa, time pilihanraya saja. :lol:

  5. Kancing bajalan birak melumpat
    2009.11.16 12:57

    Sia rsa…………………Sia mo tebirak dingar ni berita..Usahawan d sbh kbnykknnya mna besa teknologi2 ni abis indada can mo truskkn..Urang cina yg menguntrul psal teknologi2, p tingu ja d IT yg dpn millimewa bru..Cina ja yg kuntrul..Tp, itu cina pn urang sbh jua jdi, legalah sikit mendingar..Jan saja durang nek kpla suda..

  6. relex
    2009.11.17 23:19

    c guka sama c kurup sama saja.. entah apo obatnyaa…

  7. noname
    2009.11.19 06:33

    Dari Industrial Master Plan 2 sampai 3, bukan alang2 kerajaan ckp mo kasi mcm2 intensif utk kasi maju usahawan terutama yg bumiputera. Tapi realitinya mo buat pinjaman, kursus dll bukan senang mo dpt. Balik2 yg dpt faedah kompeni basar2 saja. jadinya kompeni kecil terpaksa gulung tikar sbb kena putung jalan oleh kompeni basar. Barangkali pasal itulah kabanyakan bumiputera lebih suka makan gaji dpd bekerja sendiri

Leave a Reply

« Ketulinan Imej Hantu Empangan?
Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa »

Subscribe

You can subscribe by email to receive newsletter updates:

Subscribe through a RSS feed reader

News Feed Comments Feed

  • Keningaukini | Promote Your Page Too
  • Nuffnang

  • Waktu Solat

  • KETUA MENTERI SABAH

    Ketua-Ketua Menteri Sabah

  • Tokoh Daerah Keningau

    OKK GUNSANAD

    O.K.K SEDOMON GUNSANAD

    TUN AHMAD KOROH

    OKK PHILLIP TOYONG

  • Kampung Dan Lokaliti Daerah Keningau

    Kampung / Lokaliti

  • Iklan

    ProsperousBoom.com

  • RAKAN BLOG

    Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd Razak

    Lady Mariah

    Keningau Darters

    CiCak ?

  • Sila Gunakan Pelayar FireFox Untuk Paparan Terbaik

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Archives

  • WebHosting

    Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
  • Komen Terbaharu

    • G.15 on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
    • kambing on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
  • Pengunjung

    stats for wordpress

    Users Online [ Stats ]

  • Digital Clock Desktop Calendar

Sponsored Ads

Advertisement

A wordpress magazine theme design by Deluxe Themes.
Sponsored by Noobpreneur Business Blog, Personal Neurofinance Blog, Knol Today Blog-Magazine
Copyright ©2008 KeningauKini. All rights reserved.