KENINGAU: Rata-rata pengguna jalan Keningau – Nabawan – Sepulut merungut dengan lori-lori balak yang membawa muatan melebihi had panjang dari belakang lori.
Mereka mendakwa terdapat lori-lori balak yang membawa muatan panjang membimbangkan kerana ia amat bahaya kepada kenderaan kecil yang mengekori dari belakang dan di jalan yang selekoh.
Seorang pengguna Barahim Andipoh berkata, lori-lori balak bukan sahaja membawa muatan panjang tetapi dipandu laju menyebabkan kenderaan yang mengekori dari belakang sukar memintas.
“Tindakan pemandu yang jalan bersusun dalam jarak yang dekat dalam satu masa juga menghalang kenderaan kecil apabila memintas walaupun di jalan yang lurus,” katanya kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Barahim yang merupakan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Nabawan meminta agar pihak yang berkuasa agar mengambil tindakan mengatasi masalah tersebut.
Katanya, jika situasi yang sedemikian tidak dapat diatasi ia akan mengundang bahaya kepada pengguna yang lain kerana sebelum ini pun terdapat pengguna yang menjadi mangsa lori yang membawa muatan panjang terutama pada waktu malam.
Untuk rekod katanya, beberapa tahun yang lalu sebuah motokar merempuh kayu yang panjang di belakang lori balak semasa memasuk simpang sebuah kilang papan di jalan Keningau – Nabawan.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed ketika dihubungi kelmarin berkata, tindakan mengarah pengusaha balak di kawasan ini untuk memotong kayu yang melebihi had panjang adalah diluar bidang kuasa polis.
Katanya, polis trafik hanya berkuasa menyaman lori yang membawa muatan mengikut undang-undang lalu lintas.
Bagaimanapun katanya, dalam hal ini pemandu tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka bergantung kepada arahan pihak syarikat atau pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan kayu.
“Justeru itu kita minta agar pihak yang berkaitan dengan pengurusan kayu agar memastikan tidak ada lori balak yang membawa muatan terlalu panjang di bahagian belakang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” jelas Zahari.
![]()
bagus buat kilang kayu d nabawan. ssh2 sj mo hntar jauh2.
sa yang tiap minggu pulang-pulang ni pun kacut nampak ni luri-luri. Kalau sa buat statistik mengikut pengalaman sendiri, dalam 3 bulan gitu, mesti ada satu biji luri yang tebalik. Pasal lebih muatan laitu. Bayangkan kalau kamurang terlibat dalam ‘keterbalikan’ dia tu? Nda ka sandi?
Sa sendiri pun pernah kana ’sapu’ oleh kayu balak memanjang yang ada di belakang lori tu. Bila corner, tu luri ada kecenderungan untuk ‘makan jalan’. Jadi kawan-kawan, awas ketika berjumpa luri yang berkayu balak di selekoh-selekoh aaaahhhh
ok!
bikin takut ba tu luri2 besar..lagi2 klu tme jln jam…klu la tburai ikatan tu kayu2 dlm lori,sdh tntu krta2 kecil d sblh jd besi buruk trus…eiii bahaya…
Mimang ni kandaraan harus dikasi rusak..Samalam sa tanampak luri balak lbih muatan lapas itu, ada ciwi lgi d dalam sedang kesiukkan kna ramas2..Mimang eksiden laitu bsok2 daitu..Sundal batul tu driver luri, eee gelinya hatiku..
:?Susah juga mau cakapkan,kalau org kg yg bawa tu kayu untuk buat rumah kah,cepat betul tu staf jab.hutan kajar tpi napa ya kalau kompeni punya lori bawa balak endak pula.Agak2nya ape ye ada udang sebalik mee ke tu.Sia rasa a mungkin tu lori balak bawa alat peringan,bila timbang terlebih beratpun sinang2 jadi ringan tu kayu(kata org jampi peringan).Fikir-fikrkanlah???
buat apa ko mo berselindung lagi, sudah terang lagi bersuluh, orang kampun tak de duit nak bagi kat org2 jab phtnan tu…. klu lori balak tu biasa lah kan……sememangnya rasuah masih berluluasa di sana… mana SPRM cpt dtg siasat org2 tu……..hehehheheh