• Home
  • Forum
  • e-Rombengan
  • Penafian
  • Artikel Kami
  • Bahasa Murut
  • Berita Keningau
  • Keningau Sekarang
  • Penafian
  • Umum
Tuesday, February 9, 2010 9:38
  • News Feed
  • Comments Feed

Keningau: Pengaliran air tidak ikut jadual, petani kecewa padi sering terjejas

Tagged with: JPS, keningau, Panagatan
Posted by keningaukini on Monday, November 2, 2009, 0:54
This news item was posted in Berita Keningau category and has 3 Comments so far.

KENINGAU: Fuad Dulasim, 36, hanya seorang petani biasa yang bergantung sepenuhnya terhadap sawah padi untuk menyara hidup, namun tahun ini petani itu cukup kecewa dan marah dengan Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

“Saya tidak dapat menanam padi, gara-gara kerana kegagalan jabatan itu mengalirkan air mengikut jadual,” kata petani itu memberitahu kepada wartawan.

“Bagaimana saya menyara keluarga pada tahun ini,” luahnya lagi.

Petani kepada tiga orang anak di Kg. Panagatan Ulu, ini berkata, sikap acuh tidak acuh JPS benar-benar menimbulkan kemarahan petani.

Hanya pada 23 Oktober yang lalu mereka mengalirkan air, dan ia bercanggah dengan jadual pengairan ‘musim utama’. Musim utama ialah musim penanaman tahunan, bagi petani yang memilih untuk bersawah hanya setahun sekali.

Mengikut jadual, bekalan pengairan sepatutnya dilakukan pada awal Ogos yang lalu, bagi membolehkan benih yang disemai pada pertengahan Julai ditanam pada pertengahan Ogos.

Benih padi yang sesuai untuk ditanam ialah ketika berumur 20 hari, namun kes yang berlaku ke atas Fuad, benih padinya telah berumur tiga bulan dan tidak boleh digunakan lagi.

Fuad berkata, masalah pengairan sawah di kampung itu telah berlanjutan lebih 15 tahun yang lalu, dan menurut beliau petani mengemukakan rungutan dan rayuan yang sama pada setiap tahun, namun jawapan yang diberikan oleh JPS ialah; ‘Tunggu dan bersabar’.

Sistem pengairan sawah Kg. Panagatan Ulu dibina disekitar awal tahun 90an, dengan menjadikan Sungai Pegalan sebagai tadahan yang dijana oleh tiga buah mesin pengepam, bagi membekalkan air pengairan kepada beratus petani di kampung berdekatan.

Bagaimanapun Fuad berkata, saliran pengairan yang berharga ratusan ribu itu sekadar gajah putih, memandangkan air yang disalir hanya dalam kuantiti yang terlalu sedikit.

Katanya, hanya beberapa orang petani di bahagian Ulu mendapat manfaat daripada air yang disalirkan.

Sejak lebih sedekad yang lalu, petani menggunakan saliran konvensional yang dikenali sebagai kinalian untuk mendapatkan sumber air, dan mencukupi untuk keperluan petani bagi setiap musim.

Katanya, JPS tidak komited dengan keperluan petani di kampung itu, apa yang petani itu dakwa sebagai tidak membaik pulih kerosakan saliran pengairan, tidak tegas terhadap pembahagian air mengakibatkan petani membina ‘penyalur agih’ dengan sesuka hati.

Di bahagian Ulu katanya, sekurang-kurangnnya empat penyalur agih dibina dalam lingkungan satu lot-JPS hanya membenarkan satu penyalur agih bagi setiap lot.

Semua ini berpunca daripada masalah air. Petani memerlukan air yang banyak untuk pengairan sawah mereka,” jelas Fuad.

Kes yang terjadi ke atas dirinya kata Fuad, air hanya dialirkan pada 23 Oktober lepas, dan ia jelas sudah terlambat.

“Benih padi sudah berumur tiga bulan dan tidak boleh digunakan lagi,” dedahnya.

Beliau mahu JPS supaya bertanggungjawab mengenai masalah yang dihadapi oleh petani, dan ia melibatkan sekurang-kurangnya 40 orang di kampung itu, meliputi keluasan kira-kira 100 ekar tanah yang tidak dapat diusahakan pada tahun ini.

Petani yang tidak mempunyai pilihan, terpaksa menggunakan pelbagai kaedah seperti membina pengairan konvensional – kinalian, daripada takungan atau anak sungai yang berhampiran.

Kerja-kerja ini memenatkan dan membosankan,” jelas rata-rata petani yang ditemui.

Jabatan Parit dan Saliran (JPS) gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan, kerana cuti hujung minggu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Keningau: Pengaliran air tidak ikut jadual, petani kecewa padi sering terjejas”

  1. gonsuab
    2009.11.03 10:39

    begitu lah kerenah JPS.@ jabatan potong subsidi…ini lah konsep 1Malaysia ‘rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan’…itu baru di ulu panagatan..belum lgi yg berlaku di kg.merapok..yg kini melaksanakan projek kelompok padi seluas 100 ekar..sepatutnya dalam minggu ni, krja2 menabur sduah di buat ttp memandangkan masalah pengairan yg hanya ikut masa pejabat (8 am - 5 pm), ianya betul2 tidak praktikal.
    Pihak kerajaan sepatutnya mengambil serius perkara ini..berbillion ringgit disalurkan utk membeli beras dri luar negara ttp kawsan tanah sendiri tidak dapat diusahakan hanya kerana masalah pengairan..kenapa tidak jumlah wang yg diguna utk beli beras dri luar tu di gunakan sebahagiannya utk membena sistem pengairan di daerah keningau.selain itu..masalah utama JPS keningau ialah tidak ada seorang pn yg brtanggungjawab terhadap masalah yg brlaku..masing-masing tuduh menuduh…yg menderita ialah petani tegar mcm kmi…tooooloooonnnng lh kmi!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. relex
    2009.11.05 20:58

    ayat yg paling siok mo bacaa.. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan, kerana cuti hujung minggu.

  3. Pilak men
    2009.11.15 01:21

    Sa pinga sigup pn mati semua abis kakaringan ba..Banci batul sa nmpak tu JPS, abis trus bajet sa mo p mekkah..

Leave a Reply

« Keningau: Pengguna jalan raya merungut dengan lori balak lebih muatan
Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau »

Subscribe

You can subscribe by email to receive newsletter updates:

Subscribe through a RSS feed reader

News Feed Comments Feed

  • Keningaukini | Promote Your Page Too
  • Nuffnang

  • Waktu Solat

  • KETUA MENTERI SABAH

    Ketua-Ketua Menteri Sabah

  • Tokoh Daerah Keningau

    OKK GUNSANAD

    O.K.K SEDOMON GUNSANAD

    TUN AHMAD KOROH

    OKK PHILLIP TOYONG

  • Kampung Dan Lokaliti Daerah Keningau

    Kampung / Lokaliti

  • Iklan

    ProsperousBoom.com

  • RAKAN BLOG

    Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd Razak

    Lady Mariah

    Keningau Darters

    CiCak ?

  • Sila Gunakan Pelayar FireFox Untuk Paparan Terbaik

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Archives

  • WebHosting

    Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
  • Komen Terbaharu

    • G.15 on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
    • kambing on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
  • Pengunjung

    stats for wordpress

    Users Online [ Stats ]

  • Digital Clock Desktop Calendar

Sponsored Ads

Advertisement

A wordpress magazine theme design by Deluxe Themes.
Sponsored by Noobpreneur Business Blog, Personal Neurofinance Blog, Knol Today Blog-Magazine
Copyright ©2008 KeningauKini. All rights reserved.