• Home
  • Forum
  • e-Rombengan
  • Penafian
  • Artikel Kami
  • Bahasa Murut
  • Berita Keningau
  • Keningau Sekarang
  • Penafian
  • Umum
Tuesday, February 9, 2010 9:37
  • News Feed
  • Comments Feed

Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau

Tagged with: keningau, kepayan, makhluk halus
Posted by keningaukini on Sunday, November 1, 2009, 9:21
This news item was posted in Berita Keningau category and has 12 Comments so far.

mhalus  Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau

IMEJ makhluk halus yang duduk membelakang di atas anjing belaan Rapail, di Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru Keningau.

KENINGAU: Makhluk halus ditemui berkepala besar, tanpa kaki dan tangan di Kampung Kapayan Baru dekat sini!

Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49.

Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu dalam satu pertemuan eksklusif, beliau tanpa sengaja berjaya merakam kewujudan makhluk halus itu, dengan menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Okt lepas.

Imej yang didakwa mak- hluk halus itu kemudian diuji ketulinan, dengan menggunakan beberapa kaedah dan mendapati ia benar-benar asli.

Menurutnnya, waktu petang kira-kira jam 4.30 pada tarikh berkenaan beliau yang diekori oleh seekor anjing belaannya, melawat lokasi Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru yang baru sahaja siap pembinaan.

Katannya beliau merakam beberapa sudut ampangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyang ka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman gambar menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjing belaannya.

Sepohon pokok ara yang wujud sejak tahun 60an terletak hanya satu meter, daripada lokasi anjingnnya berdiri. Pokok itu sejak sekian lamannya dikenali oleh penduduk di kampung itu sebagai berpenunggu atau kisuang-suang dalam bahasa Dusun.

Ampangan air itu dibina bagi mengganti ampangan konvensional atau kinalian, untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu.

Sejak awal tahun 60an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki ampangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu.

Bagaimanapun katannya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan ampangan moden itu.

Bagaimana ia berjaya dilihat melalui lensa kamera telefon bimbit, menguatkan andaian bahawa makhluk halus mempunyai agenda yang tidak difahami – jelas Rapail dan mengakui, beiau tidak merasai sebarang kelainan atau perubahan emosi seperti takut dan sebagainnya selepas melawat lokasi tersebut.

Ia menguatkan keyakinan saya mengenai kekuasaan Tuhan, jelasnnya.

Apa yang amat jelas tambahnnya, anjing belaannnya kini tidak bermaya dan menunggu masa sahaja untuk mati.

Percaya atau tidak, semua agama di dunia yakin mengenai kewujudan makhluk halus.

sumber  : newsabahtimes 1/11/2009

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau”

  1. gonsuab
    2009.11.01 10:28

    :| Biasa la ba tu…bukan kta urang ja yg hidup di dunia ciptaan Tuhan ni..makhluk lain pn ada cuma kita tidak boleh nmpak..hnya orng2 tertentu ja yg boelh nampak..tu pun dalam 100 ribu ornag, mngkib hanya ada 1 orng ja…apa yg pnting bgi kta ialah sentiasa menghormati alam sekeliling kta..apa lgi kalu sesebuah tmpat tu mmang sdah dikenali ada penunggu..kta kena menghormati mereka…

  2. kadazandusun klasik
    2009.11.01 15:08

    sy sukung c gonsuab……2 tukang amik gambar antara manusia yg beruntung sb dapat tgkp nie gambar heheh……sy rasa 2 mkhlk bg mesej bah 2 supaya jgn kc rusak alam terutamanya hutan d tmpt kita hohohoo…….aktivis alam sekitar mesti suka nie

  3. noname
    2009.11.02 03:55

    inda jelas bah itu gambar… mungkin ‘dia’ mo relax2 sakajap sebelum mandi di empangan. Kebetulan pula ‘dia’ nampak si Rapail menggambar… apalagi dia posing barabislah. Tiada kerusi terpaksa dia duduk atas belakang anjing. Susah tu ‘dorang’ bergambar, sbb ‘dorang’ mana ada kamera… ‘dorang’ pun mo juga simpan gambar kenangan utk anak cucu.

  4. GaWir
    2009.11.02 09:47

    Hahahaahahaa…..ekekekeee…..noname ko ni ahhh. Lucu gak yek. Adakh patut ko bilang c mahluk halus mo posing bgambar. Tapi yg nyata Mahluk halus ni pun berkerajaan gak. Ada raja smpi la ke rakyat jelata….. Sekarang ini byk kawasn hutan diterokai dan dbangunkan menjadi kwsan perumahan dan sbginya. Kehadiran dorg tu tandanya dorg pun mahu tumpang sekaki hidup bersama di bumi Tuhan.

  5. wind
    2009.11.02 13:23

    :twisted:

  6. MrBlUe
    2009.11.04 00:11

    dunia ni bukan kita ja yg hidup….makluk lain pn ada juga..jin,syaitan,iblis dn bnyak lagi…tpi kita mmg tdk bleh nampak….kkdang ja trnampak tu pn bukan lama…skilas pandang…itulah klu nk buang air tu hati2lah sikit……klu masuk hutan tu jgnlah bising2 nnti keteguran……apa2 pn jagalah alam sekitar…jgm buang smaph merata2…..buanglah di tmpt yg sesuai……,kalu tempat kita bersih nama kita juga yg baik…

  7. hua haha
    2009.11.07 00:30

    macam plastik sangkut di dahan saja tu secara kebetulan anjing punya posisi pun ngam alignment dengan ‘makluk’ lalu terjadilah fenomena makluk-halus-naik anjing.

  8. Nong
    2009.11.08 00:43

    sbenarnya sa pun tia brapa nmpk..jgn bilang tu antu…ITU anjing pun tia brapa nmpk bah….tlampau 1.3miga piksel juga ni gambar hahah

  9. meOw
    2009.11.08 23:04

    mcm anjing bleher panjang saja pun…

  10. cicak
    2009.11.09 02:25

    Bah lain kali jangan membuang sampah merata-rata atau merusakkan alam sekitar. Nanti bukan anjing saja tu antu kacau. Urang pun dia pigi kacau oh. Hehehe…

    Tia tau la kesahihan ni gambar. Tapi daripada benda-benda macam ni kita bulih la ba ambil iktibar kan. Mana la tau. Seperti komen2 yang sebelumnya cakap, bukan kita saja makhluk ciptaan Tuhan di dunia ni. Ada lagi benda halus.

    Jadi… lu pikir la sendiri.

  11. Pilak men
    2009.11.14 10:58

    Sa rsa c Rapail Igau tu mengingau baitu..Igau kn gima da pinga nma..Tp, sa picaya itu nepe nga alien baitu, saudara mara itu urang Kg. Kpyan Bru..Tau2 la kn durang tu, klu da mslh ja trus mkn babi..Mimang mcm babi la muka durang 1 thun akan dtg ni..Tingu ja 2010, pa jadi..

  12. Aman
    2009.12.27 09:42

    Ala panambirang saja. Asal antu kunu, mesti tia tarang dia punya gambar

Leave a Reply

« Keningau: Pengaliran air tidak ikut jadual, petani kecewa padi sering terjejas
Keningau: Petani Kg Jaya Baru mohon simpati JPS »

Subscribe

You can subscribe by email to receive newsletter updates:

Subscribe through a RSS feed reader

News Feed Comments Feed

  • Keningaukini | Promote Your Page Too
  • Nuffnang

  • Waktu Solat

  • KETUA MENTERI SABAH

    Ketua-Ketua Menteri Sabah

  • Tokoh Daerah Keningau

    OKK GUNSANAD

    O.K.K SEDOMON GUNSANAD

    TUN AHMAD KOROH

    OKK PHILLIP TOYONG

  • Kampung Dan Lokaliti Daerah Keningau

    Kampung / Lokaliti

  • Iklan

    ProsperousBoom.com

  • RAKAN BLOG

    Tn.Hj.Mohd Isa bin Abd Razak

    Lady Mariah

    Keningau Darters

    CiCak ?

  • Sila Gunakan Pelayar FireFox Untuk Paparan Terbaik

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
  • Archives

  • WebHosting

    Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET
  • Komen Terbaharu

    • G.15 on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
    • kambing on Keningau:Barang rampasan dilelong MDK dapat sambutan luar biasa daripada pembida
  • Pengunjung

    stats for wordpress

    Users Online [ Stats ]

  • Digital Clock Desktop Calendar

Sponsored Ads

Advertisement

A wordpress magazine theme design by Deluxe Themes.
Sponsored by Noobpreneur Business Blog, Personal Neurofinance Blog, Knol Today Blog-Magazine
Copyright ©2008 KeningauKini. All rights reserved.